Posts

Showing posts from October, 2024

HPPNS 2024 hargai Sumbangan Petani, Penternak dan Nelayan Menjana Ekonomi

Image
 Wartawan          : Idris Sani Saberun Jurufoto               : Mohd Sazwan Roslan      KOTA KINABALU: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sabah (HPPNS) 2024 hargai sumbangan petani, penternak dan nelayan dalam menjana ekonomi.  Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata,  selain menghargi jasa petani, penternak dan nelayan penganjuran tersebut turut menjadi sumber maklumat dan perkembangan terkini berkaitan perladangan dan pertanian.    Jeffrey ketika menjelaskan objektif penganjuran HPPNS 2024 kepada media. "Sambutan yang bertemakan "Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan" itu diadakan bagi menghargai sumbangan petani, penternak dan nelayan terhadap ekonomi negeri serta memperkenalkan produk-produk pertanian tempatan kepada pasaran yang lebih luas. Peto (kiri) dan Jeffrey (kanan) bersama buntung streamer HPPNS 2024. "Disamping itu acar...

Tiada Larangan Kereta Persendirian Masuk Pekan KB Sabtu Ini

Image
 Wartawan          :Zuraidah Ahmad & Nazri Ramshah Jurufoto               : Mohd Sazwan Roslan KOTA BELUD:  Tidak ada larangan  bagi kereta persendirian untuk memasuki kawasan Pekan Kota Belud sempena Majlis Perasmian Sambutan Tamu Besar Kota Belud 2024, Sabtu ini. Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah, orang ramai boleh melalui kawasan pekan ataupun tapak tamu bergantung kepada keadaan semasa aliran trafik. Diyanah ketika ditemui media. Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah membuat perancangan rapi untuk mendepani isu kesesakan lalu lintas di lokasi terbabit. “Sebenarnya, tidak ada penutupan itu sekiranya ada keperluan, bukannya ditutup. “Orang ramai masih boleh masuk, tetapi kalaulah semua sudah penuh dan tidak ada ruang, polis terpaksa divert ataupun mengalihkan parkir i...

Konsulat Republik China, YNJ Sumbang RM10,000 Kepada Tujuh Sekolah di Sabah

Image
 Wartawan          :  Siscalistorina Janius Jurufoto               :  Johnny Joklis KOTA KINABALU:   Konsulat Republik China dengan kerjasama  Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menyumbang RM10,000 bagi meningkatkan  kemudahan fasiliti pusat sumber di tujuh sekolah terpilih. Al   Hambra ketika ditemui media. Pengerusi Yayasan Nur Jauhar,  Datuk  Al   Hambra  Juhar  berkata bantuan tersebut bertujuan untuk membaik pulih dan meningkatkan kemudahan  fasiliti pusat sumber sekolah yang daif yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. "Saya berharap YNJ dan Konsul Negara China dapat terus bekerjasama untuk menyantuni sekolah-sekolah di Sabah ini, seperti yang kita tahu banyak sekolah di daerah-daerah amat daif dan memerlukan bantuan. Raisin  ketika ditemui media. "Kita tahu, pusat sumber sekolah merupakan bahagian keperluan yang penting untu...

JHEWA Terus Laksana Perubahan, Bela Hak Manusia Sejagat

Image
 Wartawan          :  Deonalissa Jekee Edin Jurufoto               :  Merusin Minuddin TUARAN : Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah terus melaksanakan perubahan bagi membela hak-hak manusia sejagat. Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata dengan mengambil kira konteks semasa dalam negara, masih terdapat beberapa halangan yang perlu ditangani dalam usaha mengangkat martabat wanita dan golongan yang memerlukan.  Flovia ketika menyampaikan ucapan perasmian. "Stereotaip terhadap kepimpinan wanita, perkahwinan awal usia, penganiayaan wanita dan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga adalah antara beberapa halangan yang perlu diatasi. "Sehubungan itu, JHEWA komited untuk melaksanakan perubahan bagi membela hak-hak manusia sejagat terutama masyarakat di Sabah. Haslina ketika ditemui media.  "Program Santuni Wanita hari ini menjadi wadah penyampaian pe...

Dasar Alam Sekitar Bukti Kerajaan Prihatin Mengurus Alam Sekitar Secara Mapan

Image
 Wartawan          : Nazri Ramshah Jurufoto               :  Jeffren Malaning KOTA KINABALU: Dasar Alam Sekitar 2017 bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan negeri terhadap pembangunan serta pengurusan alam sekitar yang mampan. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, Sabah negeri pertama yang memperkenalkan dasar tersebut dengan menggariskan beberapa piawaian yang perlu dipatuhi bagi pembangunan lestari. Christina menyampaikan ucapan perasmian. “Kerajaan Sabah mengiktiraf alam sekitar sebagai salah satu aspek penting untuk diambil kira dalam perancangan pembangunan dengan penerapan dasar-dasar yang bersesuaian digabungkan dengan faktor dan piawaian alam sekitar bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar serta sosial. “Usaha untuk mencipta keseimbangan antara pembangunan dan perlindungan alam sekitar adalah amat penting pada masa sekarang berbanding sebelum ini dan ianya mer...

SEDIA Promosikan Teknologi Dron Pacu Ekonomi Sabah - Hajiji

Image
 Wartawan          : Mohd Haizul Rohani Jurufoto               : Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi Dan Pelaburan Sabah (SEDIA) digesa terus mempromosi penggunaan teknologi dron dalam memacu pembangunan ekonomi. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, SEDIA perlu terus mempromosikan penggunaan teknologi dron sebagai alat pemantauan dalam meningkatkan projek-projek pembangunan seterusnya meningkatkan ekonomi negeri.  Phoong (kiri) menyempurnakan gimik perasmian Sabah Drone Open Day 2024. "SEDIA perlu terus mempromosikan teknologi dron sebagai alat meningkatkan produktiviti juga sebagai alat pemantauan dalam projek pembangunan.  "Ini kerana SEDIA mempunyai peranan penting dalam mengukuhkan ekonomi Sabah melalui Pelan Tindakan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) 2.0. Sesi foto bersama rakan strategik penggunaan teknologi dron di Sabah Menurut beliau, S...

Tamu Besar KB Sasar 100,000 Pengunjung

Image
 Wartawan          : Hamidah Len Jurufoto               :  Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU:   Penganjur  Tamu Besar Kota Belud 2024 menyasarkan  100,000 pengunjung hadir sepanjang program berkenaan berlangsung sehingga 3 November ini.   Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran), Datuk Diyanah Abdullah berkata, pelbagai acara menarik serta booth-booth jualan selain penganjuran berskala besar adalah tarikan utama yang akan menarik orang ramai untuk datang. Diyanah ketika ditemubual di konti SabahFM. "Tamu Besar KB memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai kekayaan seni, budaya dan tradisi masyarakat Sabah sekaligus menarik pelancong dari dalam serta luar negara. "Penganjuran kali ini dilaksanakan dengan skala yang lebih besar yang diadakan selama tiga hari bermula 1 hingga 3 November akan datang. Diyanah ketika ditemubual di konti SabahFM. "Majlis perasmian a...

KUSKOP Akan Menjalankan Kajian Terhadap Program PROTEGE - Ewon

Image
Wartawan : Siscalistorina Janius Foto : Vicky S. Matanjang Kota kinabalu:  Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan menjalankan kajian dan penilaian terhadap pelaksanaan program  PROTEGE sepanjang Rancangan Malaysia ke-12 (RMK) bagi memastikan pelaksanaannya diteruskan dalam RMK-13. Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick berkata, program berkenaan penting sebagai platform mahasiswa dan graduan dalam menceburi dalam bidang keusahawanan serta meneroka peluang pekerjaan dengan penglibatan pelbagai syarikat, kajian tersebut juga penting bagi memperoleh dapatan potensi pelaksanaan PROTEGE diteruskan dalam RMK-13. Ewon ketika ditemui media. "Sekiranya kajian itu memberi dapatan yang positif mudah-mudahan kita dapat laksanakan pada RMK-13 ianya penting kerana program itu memberi peluang kepada mahasiswa dan graduan dalam pekerjaan dengan penglibatan dan penyertaan banyak syarikat yang ingin mengambil mahasiswa sebagai pelatih mereka dan seterusnya bekerja dengan...

Festival ROK Medan Pamer Muzik Tradisi

Image
Wartawan : Bustan Made Aming Foto : Merusin Minuddin KOTA KINABALU: Festival  Rhythms Of Kinabalu  (ROK) menjadi medan mengetengahkan elemen muzik tradisi sebagai asas persembahan.   Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Christina Liew Chin Jin berkata, ROK menjadi platform artis-artis tempatan mempersembahkan lagu-lagu etnik yang unik. Josie ketika berucap pada festival tersebut. "Konsert Gala 2024 ROK menyajikan persembahan bakat, pameran dan demonstrasi produk yang mampu mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti seni serta budaya.     "Hal ini memandangkan Sabah terkenal dengan kepelbagaian tradisi dan budaya etniknya merangkumi 31 etnik dengan 207 sub etnik,” katanya.     Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Josie Lai Mei Sing sempena Majlis Perasmian ROK 2024 di Lintasan Deasoka pada Sabtu.   Menurut beliau, festival itu turut menjan...