Posts

Showing posts from August, 2025

Tiga Tokoh Pejuang Negeri Terima Penghargaan Pada Hari Sabah

Image
Wartawan     :Deonalissa Jekee Edin Jurufoto          :   Johny George Kimlon/Mohd Sazwan Roslan/Azman Jumat/Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU : Tiga Tokoh Pejuang Negeri menerima penghargaan atas penglibatan mereka dalam menuntut kemerdekaan bagi Sabah. Antara tokoh-tokoh yang menerima penghargaan tersebutTun Datuk Mohd Fuad Stephens, Tun Datuk Mustapha Datuk Harun dan Datuk Gunsanad Samson Sundang @ G.S Sundang yang disampaikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di hadapan Kira-kira 35 ribu pengunjung hadir memeriahkan Sambutan Hari Sabah 2025, pada Ahad. Sambutan yang diadakan di Padang Merdeka diserikan dengan persembahan daripada Persatuan Seni Silat PESAKA dan tarian daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Mutiara, Kota Kinabalu selain deklamasi sajak dan Hiis serta tarian tradisi serta pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak sambutan.  Persembahan sambut tamu. Tun Musa (lima dari kiri) menyempurnakan lafaz pemahsyuran S...

Pelaksanaan SMJ bukti keupayaan negeri bangkit, perkukuh pembangunan

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :   Johny George Kimlon/Mohd Sazwan Roslan/Azman Jumat/Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU: Pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) sepanjang hampir lima tahun lalu membuktikan keupayaan kerajaan negeri memulihkan ekonomi, memperkukuh pembangunan serta menjaga kesejahteraan rakyat biarpun berdepan pelbagai cabaran. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, mandat rakyat sejak September 2020 dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelaksanaan agenda pembangunan menyeluruh, sekali gus menepis tanggapan bahawa SMJ sekadar slogan tanpa tindakan. “Segala janji dan perancangan menerusi agenda SMJ telah banyak kita laksanakan. Walaupun berdepan sindiran dan tohmahan, kepimpinan kerajaan ini tetap teguh melaksanakan amanah yang diberikan rakyat,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Sabah 2025 di Padang Merdeka pada Ahad. Beliau berkata ketika mengambil alih pentadbiran pada September 2020, ne...

Komander Kesatria Terus Ungguli Perbarisan Jalan Laju Dua Tahun Berturut-turut

Image
Wartawan     :Suzaima Ibrahim Jurufoto          : Merusin Maruddin/Shahvian Mohd Razali/ Jeffren Malaning/Johnny Joklis  KOTA KINABALU: Pasukan Komander Kesatria UiTM Cawangan Sabah sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025. Komander Kesatria tampil dengan persembahan penuh disiplin, kekemasan formasi, dan semangat patriotik tinggi sehingga berjaya memikat hati barisan juri. Kejayaan tersebut sekaligus mengekalkan reputasi pasukan berkenaan sebagai antara kontinjen terbaik dalam kategori perbarisan jalan laju bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Naib Juara bagi kategori tersebut disandang oleh MAHSA College Sabah manakala Petronas Briged Bomba Kimanis Petroleum Training Centre menduduki tempat ketiga bagi kategori IPTA/IPTS. KEPKAS unggul dalam kategori  Jabatan K...

Persembahan Khas Kawad Senyap TLDM

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :  Jeffren Malaning/ Shahvian Mohd Razali/Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU:   Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 hari ini turut menyaksikan persembahan khas kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia. Uniknya, persembahan unik terbabit menggunakan senjata M16 A1 Chrome serta Bayonet dengan penembakan Peluru Hampa manakala pergerakan seperti kaki melangkah, tangan dihayun, senjata dipusing semuanya tanpa  arahan. Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau telah ditubuhkan pada 5 September 1996 dan aktif sehingga kini. Pasukan Kawad Senyap ini terdiri daripada anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) yang berpangkalan di KD Sri Tawau.  Persembahan khas kawad senyap oleh  Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau. Persembahan khas kawad senyap oleh  Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau. Persembahan khas kawad senyap oleh  Pasukan Kaw...

50 Ribu Warga KK Raikan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :  Jeffren Malaning/ Shahvian Mohd Razali/Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU:   Cuaca yang mendung sejak awal pagi di ibu negeri, langsung tidak menjejaskan semangat patriotisme 50,000 warga Bandaraya Kota Kinabalu untuk meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025. Seawal jam 6 pagi, para pengunjung mula memenuhi ruang parkir di sekitar tapak sambutan di Jalan Tun Fuad Stephen dan kawasan berhampiran. Lazimnya, acara yang menarik pengunjung ialah acara berjalan lalu khususnya perarakan kontinjen-kontinjen perbarisan dan perarakan kenderaan. Pada tahun ini, acara berjalan lalu dimeriahkan oleh 169 kontinjen masing-masing 126 dalam kategori perbarisan dan 43 kategori aset. Acara berjalan lalu kategori persatuan etnik Sabah. KKU diketuai Mejar Luqman Hakim Sahar. Perarakan aset oleh jabatan-jabatan kerajaan. Perarakan aset oleh jabatan-jabatan kerajaan. Unduk Ngadau turut menghangatka...

Sorakan Tangga Merdeka Gamatkan Sambutan HKHS 2025

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU:  J ulung-julung kalinya, Sambutan  Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 digamatkan dengan pasukan sorak, Tangga Merdeka. Pasukan sorak tersebut terdiri daripada Belia Skuad Antidadah Sabah, pelajar-pelajar sekolah serta Badan Gabungan Belia Sabah di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang turut berperanan untuk menyemarakkan semangat serta suasana sambutan di Jalan Tun Fuad Stephen, hari ini. Ia diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah dengan kekuatan 300 orang itu dianggotai Skuad Anti Dadah Sabah, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sabah (ABIM), Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, St. John Ambulans Malaysia Sabah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sabah, Briged Putera Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Sabah,  Gabungan Persatuan Belia Bahagian ...

Keharmonian, Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum Sumbang Kestabilan Negara

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU:  Keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta agama di Sabah menjadi kekuatan yang menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negara.    Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe berkata meskipun banyak negara di dunia berdepan ketidaktentuan sosial dan politik, Malaysia terus diberkati dengan kestabilan hasil kesatuan rakyat. “Malaysia begitu berkat kerana kita ada rakyat yang bersatu hati tanpa kira bangsa dan agama dan tanpa mengira dari timur atau barat Malaysia. "Kita sama-sama menjayakan sebuah negara yang aman dan damai, dan inilah kekuatan kita,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Doa Sayangi Malaysia sempena Sambutan Hari Malaysia dan Hari Sabah 2025 di K.K. Peak Nam Tong Buddhist Mission, pada Sabtu.    Phoong berkata Malaysia turut mendapat pujian...

Bijak, Waspada Guna Media Sosial - Rosli

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          : Zuraidah Ahmad PAPAR:  Semua ahli Komuniti MADANI digesa agar bijak menggunakan media sosial dan sentiasa berwaspada dengan aktiviti penipuan atas talian. Setiausaha Politik kepada Menteri KPDN, Datuk Rosli Ibrahim berkata setiap maklumat yang diterima perlulah dikaji kesahihannya terlebih dahulu sama ada merujuk menerusi portal atau bertanya secara terus kepada agensi berkaitan. "Hari ini isu dan berita-berita palsu disebarkan kepada rakyat, kepada masyarakat dengan pelbagai kaedah untuk mengelirukan, memperdaya mangsa.  "Bila kita tidak peka dengan perkara-perkara ini akan menyebabkan kesan buruk kepada diri sendiri akibat terpengaruh dengan  scammer  penipuan dan sebagainya. "Jadi, sama-sama kita ambil iktibar sama-sama kita ambil langkah-langkah keselamatan, berhati-hati sekarang ini sangat mudah untuk orang menipu dengan bermacam -macam taktik," katanya ketika merasmikan Pr...

Kampus ABM Sabah Bernilai RM130.6 Juta Pacu TVET

Image
Wartawan: Zuraidah Ahmad Foto: Jeffren Malaning   PAPAR:  Sabah melakar sejarah baharu dalam pembangunan modal insan apabila  Projek Pembinaan Kampus Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah di  Beringgis bernilai RM130.6 juta yang dimulakan secara rasmi, hari ini.   Hajiji berada menggerakkan jengkaut sebagai simbolik majlis pecah tanah diiringi oleh Alexander (dua dari kiri) dan Shahelmey (tiga dari kiri) serta Armizan (tiga dari kanan) dan Gulamhaidar (dua dari kanan). Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata kampus baharu yang dibangunkan di kawasan seluas 34 ekar itu bakal menjadi pemangkin utama memperkasa golongan belia Sabah dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khususnya dalam sektor pembinaan. Kemudahan berteknologi tinggi di kampus baharu berkenaan dijangka menampung sehingga 700 pelatih pada satu-satu masa, sekali gus meningkatkan kapasiti latihan belia sebanyak 73 peratus dan per...