KOTA KINABALU: Cuaca yang mendung sejak awal pagi di ibu negeri, langsung tidak menjejaskan semangat patriotisme 50,000 warga Bandaraya Kota Kinabalu untuk meraikan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.
Seawal jam 6 pagi, para pengunjung mula memenuhi ruang parkir di sekitar tapak sambutan di Jalan Tun Fuad Stephen dan kawasan berhampiran.
Lazimnya, acara yang menarik pengunjung ialah acara berjalan lalu khususnya perarakan kontinjen-kontinjen perbarisan dan perarakan kenderaan.
Pada tahun ini, acara berjalan lalu dimeriahkan oleh 169 kontinjen masing-masing 126 dalam kategori perbarisan dan 43 kategori aset.
 |
| Acara berjalan lalu kategori persatuan etnik Sabah. |
 |
| KKU diketuai Mejar Luqman Hakim Sahar. |
 |
| Perarakan aset oleh jabatan-jabatan kerajaan. |
 |
| Perarakan aset oleh jabatan-jabatan kerajaan. |
 |
| Unduk Ngadau turut menghangatkan Sambutan HKHS 2025. |
 |
| Perarakan aset oleh jabatan-jabatan kerajaan. |
 |
| Kemunculan Abam Bomba yang ditunggu-tunggu oleh warga Kota Kinabalu. |
 |
| Tun Musa dan Toh Puan Faridah mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah. |
 |
| Kemunculan Abam Bomba yang ditunggu-tunggu oleh warga Kota Kinabalu. |
 |
| Tun Musa (tengah) memberi tabik kepada kontinjen acara berjalan lalu. |
Kategori perbarisan termasuk kontinjen sekolah rendah, sekolah menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), badan bukan kerajaan (NGO), persatuan etnik Sabah, swasta/ komersil, jabatan kerajaan tidak berpakaian rasmi dan jabatan kerajaan berpakaian seragam rasmi. Manakala, kategori aset pula disertai 43 kontinjen.
Paling ditunggu-tunggu ialah perarakan aset Wira Merah, Abang-abang sado dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, kemunculan para Unduk Ngadau di atas kenderaan Kota Kinabalu Hop-On Hop-Off (Ho-Ho) serta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Jabatan Penerangan Malaysia.
Acara tahunan itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman serta isteri, Toh Puan Faridah Tussin dan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Panglima Juliah Salag serta jemaah Kabinet Sabah dan tetamu jemputan lain.
Selain persembahan khas Kawad Senyap, persembahan khas Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 "Malaysia Madani: Rakyat Disantuni" oleh artis-artis Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah turut menghiburkan warga di tapak sambutan.
Selepas itu, Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja dengan kekuatan tiga anggota dan 103 lain-lain pangkat mengambil tempat sekali gus menutup tirai sambutan pada jam 10.30 pagi./Penerangan-
Comments
Post a Comment