Sorakan Tangga Merdeka Gamatkan Sambutan HKHS 2025

Wartawan    : Zuraidah Ahmad
Jurufoto        : 
Shahvian Mohd Razali


KOTA KINABALU:  Julung-julung kalinya, Sambutan  Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 digamatkan dengan pasukan sorak, Tangga Merdeka.

Pasukan sorak tersebut terdiri daripada Belia Skuad Antidadah Sabah, pelajar-pelajar sekolah serta Badan Gabungan Belia Sabah di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang turut berperanan untuk menyemarakkan semangat serta suasana sambutan di Jalan Tun Fuad Stephen, hari ini.

Ia diselaraskan oleh Majlis Belia Sabah dengan kekuatan 300 orang itu dianggotai Skuad Anti Dadah Sabah, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Sabah (ABIM), Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah, St. John Ambulans Malaysia Sabah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Negeri Sabah, Briged Putera Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Sabah,  Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah, Persatuan Belia Kebudayaan, Persatuan Belia Sepanggar, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia Sabah, Almacrest International College, Asian Tourism International College dan University College Sabah Foundation.

 Sorakan Tangga Merdeka menggamatkan suasana.

 Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah (tujuh dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Tangga Merdeka.

 Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah (tengah) turut bergambar dengan pasukan sorak, Tangga Merdeka.


Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Phoong Jin Zhe berswafoto dengan pasukan sorak, Tangga Merdeka.



Tangga Merdeka juga terdiri daripada beberapa sekolah terpilih seperti Kolej Teknologi Yayasan Sabah, SM Stella Marris, SMK Tansau, SMK Bahang, Pusat Tingkatan 6 Limbanak, SMK Limbanak, Kolej Tingkatan 6 Kota Kinabalu, SMK Agama Kota Kinabalu, SMK Perempuan Likas, SMK Likas, SM All Saint, SMK Tebobon, SM Lok Yuk, Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Kingfisher dan Sekolah Rendah Saimon Fung./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah