Persembahan Khas Kawad Senyap TLDM

Wartawan    : Zuraidah Ahmad
Jurufoto        : 
Jeffren Malaning/ Shahvian Mohd Razali/Mohd Rizal Matasan

KOTA KINABALU:   Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 hari ini turut menyaksikan persembahan khas kawad senyap Tentera Laut Diraja Malaysia.

Uniknya, persembahan unik terbabit menggunakan senjata M16 A1 Chrome serta Bayonet dengan penembakan Peluru Hampa manakala pergerakan seperti kaki melangkah, tangan dihayun, senjata dipusing semuanya tanpa  arahan.

Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau telah ditubuhkan pada 5 September 1996 dan aktif sehingga kini. Pasukan Kawad Senyap ini terdiri daripada anggota Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) yang berpangkalan di KD Sri Tawau. 

Persembahan khas kawad senyap oleh Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau.

Persembahan khas kawad senyap oleh Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau.

Persembahan khas kawad senyap oleh Pasukan Kawad Senyap PSTL Tawau.




Pasukan ini dipertanggungjawabkan kepada Pegawai Memerintah KD Sri Tawau, Kdr Razali Jusoh dan Pegawai Staf PSTL Tawau Lt Kdr Mohd Firdaus Md Taib.

Persembahan di Jalan Fuad Stephen hari ini dikoordinasikan oleh BM PNK Rohayati Hussin dan dipimpin oleh LK PNK Muhammad Syameer Aizad Azmai./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah