Wartawan
: Zuraidah Ahmad
Jurufoto : Zuraidah Ahmad
PAPAR: Semua ahli Komuniti MADANI digesa agar bijak menggunakan media sosial dan sentiasa berwaspada dengan aktiviti penipuan atas talian.
Setiausaha Politik kepada Menteri KPDN, Datuk Rosli Ibrahim berkata setiap maklumat yang diterima perlulah dikaji kesahihannya terlebih dahulu sama ada merujuk menerusi portal atau bertanya secara terus kepada agensi berkaitan.
"Hari ini isu dan berita-berita palsu disebarkan kepada rakyat, kepada masyarakat dengan pelbagai kaedah untuk mengelirukan, memperdaya mangsa.
"Bila kita tidak peka dengan perkara-perkara ini akan menyebabkan kesan buruk kepada diri sendiri akibat terpengaruh dengan scammer penipuan dan sebagainya.
"Jadi, sama-sama kita ambil iktibar sama-sama kita ambil langkah-langkah keselamatan, berhati-hati sekarang ini sangat mudah untuk orang menipu dengan bermacam-macam taktik," katanya ketika merasmikan Program Jiwa MADANI @HKHM Daerah Papar di sini, pada Khamis malam.
 |
| Mohd Najib menyampaikan ucapan aluan. |
 |
| Rosli (dua dari kanan) diiringi Fahzean menyampaikan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada Pengerusi Komuniti MADANI Kg. Pengalat Besar, Tahir Diasin. |
 |
| CENDERAMATA...Mohd Najib menyampaikan cenderamata kepada Rosli (tengah) diiringi Fahzean. |
 |
| Rosli (dua dari kanan) diiringi Fahzean dan Mohd Najib (kiri) menyampaikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada Pengerusi Komuniti MADANI Kg. Kelanahan. |
 |
| MADANI...Rosli (lima dari kanan), Fahzean (tiga dari kanan, duduk) dan Mohd Najib (kanan) merakamkan foto kenangan sempena Program Jiwa MADANI @HKHM Daerah Papar. |
 |
| Rosli menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan program berkenaan. |
Beliau turut mengingatkan kira-kira 50 ahli komuniti terbabit agar tidak berkongsi ciapan yang tidak sahih di media sosial bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
Pada majlis itu, Rosli diiringi Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kawang UPPM Kawang, Fahzean Mohiddin dan Pegawai Penerangan Daerah Papar Mohd Najib Juhanis menyampaikan Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah kepada Pengerusi-pengerusi Komuniti MADANI Parlimen Papar sempena Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah./Penerangan-
Comments
Post a Comment