Komander Kesatria Terus Ungguli Perbarisan Jalan Laju Dua Tahun Berturut-turut
Jurufoto :Merusin Maruddin/Shahvian Mohd Razali/ Jeffren Malaning/Johnny Joklis
Komander Kesatria tampil dengan persembahan penuh disiplin, kekemasan formasi, dan semangat patriotik tinggi sehingga berjaya memikat hati barisan juri. Kejayaan tersebut sekaligus mengekalkan reputasi pasukan berkenaan sebagai antara kontinjen terbaik dalam kategori perbarisan jalan laju bagi kategori Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Naib Juara bagi kategori tersebut disandang oleh MAHSA College Sabah manakala Petronas Briged Bomba Kimanis Petroleum Training Centre menduduki tempat ketiga bagi kategori IPTA/IPTS.
![]() |
| KEPKAS unggul dalam kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi, |
![]() |
| Bulan Sabit Merah daerah Kota Kinabalu Naib Juara Kategori NGO. |
![]() |
| UNGGUL... Jabatan Perhutanan Sabah ungggul bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi. |
![]() |
| -BERSEMANGAT... Kumpulan Yayasan Sabah bersemangat ketika pertandingan perbarisan tersebut. |
![]() |
| Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah berjaya meraih kejuaraan kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). |
![]() |
| DISIPLIN.... Komander Kesatria UITM tampil kemas dan penuh berdisiplin selaku juara kategori IPTA/IPTS pertandingan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2025. |
Sementara itu, kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi pula, Jabatan Perhutanan Sabah muncul juara diikuti Majlis Perbandaran Sandakan di tempat kedua dan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah di tempat ketiga.
Bagi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) dinobatkan juara diikuti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di tempat kedua dan Kementerian Kerja Raya Sabah di tempat ketiga.
Turut menjuarai bagi kategori masing-masing, SK Tobobon bagi kategori Sekolah Rendah, Kadet Koreksional Negeri Sabah bagi kategori Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Lembaga Pelabuhan- Pelabuhan Sabah bagi kategori Swasta atau Komersial, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah (kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan) (NGO) dan Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Bajau Tabawan Sabah(SABATA) bagi kategori Pertubuhan Etnik Sabah.
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK),Datuk Seri Sabin Samitah yang turut menyampaikan wang tunai RM1500 , piala iringan beserta sijil penghargaan kepada para pemenang./Penerangan-






Comments
Post a Comment