Posts

Showing posts from November, 2025

PRU Dewan Undangan Sabah - GRS Raih 29 Kerusi

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto     :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU:  Keputusan rasmi penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 memperlihatkan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meraih 29 kerusi. Dalam sidang media yang berlangsung kira-kira jam 2.17 pagi Ahad, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan Parti Warisan Sabah (Warisan) ketinggalan empat kerusi dengan 25 kerusi, Barisan Nasional (BN) memperoleh enam kerusi dan Bebas lima kerusi. Ramlan (tengah) ketika mengumumkan keputusan rasmi  penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Ramlan (tengah) ketika mengumumkan keputusan rasmi  penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah Ke-17 di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Sementara itu, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mendapat tiga kerusi diikuti Parti Solidariti ...

Hajiji Angkat Sumpah Ketua Menteri Penggal Kedua

Image
Jurufoto     : Jeffren Malaning Wartawan     :  Hamidah Len KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah bagi penggal kedua, pada Ahad. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman. Selepas mengangkat sumpah,  Hajiji   menandatangani watikah pelantikan disaksika n  Hakim Besar Sabah dan Sarawak , Datuk Azizah Nawawi di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu. Tun Musa (kanan) menyaksikan Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah. Hajiji ketika bacaan doa selepas lafaz angkat sumpah. Hajiji ketika melafaz angkat sumpah Ketua Menteri Sabah. Acara diteruskan dengan bacaan doa dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @Aziz Jaafar. Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Sabah Ke-17 itu bermula pada 3.05 pagi dan turut dihadiri  Presiden Pertubuhan Kinabalu Pr...

UMS Terus Unggul Sebagai ‘The Brain of Borneo

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Azman Jumat KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan utama di Borneo selaras dengan peranannya sebagai  ‘The Brain of Borneo’ . Yang di-Pertua Negeri merangkap Canselor UMS, Tun Musa Aman berkata usaha berterusan universiti itu memperkukuh penyelidikan semakin membuahkan hasil sekali gus mengangkat UMS sebagai pusat ilmu yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa. “Pada 2024 sahaja, UMS menerima RM6.5 juta geran penyelidikan daripada Kerajaan Negeri bagi menyokong projek kajian serta penubuhan kerusi khas berkaitan kebudayaan dan sains tempatan.  Suasana  Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kali Ke-27 bagi Graduan Tahun 2025. Izzat Aiman (dua dari kiri) menerima  Anugerah Pelajaran Diraja (Bumiputera) daripada Tun Musa (tiga dari kanan). Antara graduan yang turut mene...

Anwar Berangkat Pulang Selesai Lawatan Kerja Dua Hari di Sabah

Image
 Wartawan     : Mohd Haizul Rohani Jurufoto     :  Johny George Kimlon KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim berangkat pulang ke Kuala Lumpur selepas menyempurnakan lawatan kerja rasmi dua hari di Sabah. Beliau berlepas menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada jam 9.13 malam. DOA… Anwar (tiga dari kiri) mengaminkan bacaan doa yang dipimpin Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Awang Juri Ag Tahir. MESRA… Safar (dua dari kanan) menyambut ketibaan Anwar di KKIA.  LAMBAIAN… Anwar melambaikan tangan kepada semua yang hadir sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. BERSALAMAN… Anwar (dua dari kiri) bersalaman dengan para petugas yang hadir. Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Digital, Gobind Singh Deo yang menaiki pesawat sama ke ibu negara. Hadir di KKIA bagi mengiringi keberangkatan Anwar ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr...

PBGW Lindungi Hak Wanita, Bantu Selesai 1,462 Kes Sejak 2018

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah Jurufoto          :  Johnny Joklis  KOTA KINABALU : Pusat Bantuan Guaman Wanita Sabah (PBGW) berjaya membantu  mempertahankan hak  1,113 wanita melibatkan 1,462 kes sejak ditubuhkan pada 2018. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA), Haslina Ismail berkata pencapaian itu membuktikan PBGW berperanan sebagai nadi keadilan wanita, menyediakan bantuan menyeluruh merangkumi kes syariah, sivil, injunksi, dokumentasi undang-undang dan pelbagai urusan perundangan lain. “Selain bantuan guaman, JHEWA turut giat melaksanakan program advokasi, outreach, klinik guaman bergerak dan program kesejahteraan melalui kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan swasta. “Usaha ini memastikan advokasi sampai lebih meluas serta memberi impak signifikan kepada wanita, sama ada di kawasan bandar, luar bandar mahupun pedalaman. "Semakin ramai wanita berjaya disantuni dan diberi maklumat tepat tentang hak mereka,” ...

eKYC Media Sosial Dilaksana Sebelum Suku Kedua 2026 – Fahmi

Image
Wartawan     :Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali KOTA MARUDU: Pelaksanaan pengesahan identiti pengguna secara digital (eKYC) bagi semua platform media sosial di negara ini dijangka dilaksanakan sebelum penghujung suku kedua 2026. Menteri Komunikasi,  Datuk Fahmi Fadzil  berkata inisiatif itu merangkumi proses pembukaan akaun baharu serta mekanisme penyaringan bagi  menghalang pengguna bawah 16 tahun  daripada memiliki akaun media sosial. "Saya akan memberi arahan kepada MCMC untuk melakukan satu proses libat urus dengan platform-platform media sosial dalam satu jangka masa atau tempoh yang munasabah.  "Munasabah mengambil kira apa yang telah berjaya dilaksanakan di negara-negara lain termasuk Australia dan sekiranya platform boleh memanfaatkan mekanisme yang serupa ataupun hampir serupa maka itu mungkin memudahkan ataupun mempercepat proses pelaksanaan," katanya  selepas menghadiri Program...

PMX Tiba di KKIA 12.16 Tengah Malam

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Johny G. Kimlon KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu  (KKIA)  pada jam 1 2 . 16 tengah  malam selepas menamatkan rangka lawatan kerja di Sandakan dan Tawau.  Ketibaan Anuar disambut Safar (kanan) sejurus tiba  di Terminal 2 KKIA . Ketibaan beliau disambut  Setiausaha Kerajaan Negeri  Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong ,    Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Dr Sabin Samitah  serta  ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri. Beliau dijadual kan  menghadiri beberapa program antaranya   pertemuan bersama pimpinan masyarakat tempatan dan Sahabat Usahawan Tuaran di Dewan Kebudayaan Bajau Samah sebelum berlepas dengan helikopter khas ke Bongawan. Pada sebelah malam, beliau  dijangka  menghadiri Jamuan Makan Malam bersama masyarakat  setempat  di Putera Ballroom, Luyang sebelum b...

Anwar Berlepas ke Tawau Hadiri Ceramah Perdana PMX Sayang Sabah

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Norazuwan Mohd Yussof SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas ke Tawau menggunakan pesawat khas pada jam 8 malam, Rabu. Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud. Perdana Menteri dijadual menghadiri Ceramah Perdana PMX Sayang Sabah di Dewan Terbuka Serbaguna Merotai sebelum meneruskan lawatan kerja ke Kota Kinabalu malam ini./Penerangan- Anwar mengaminkan doa sebelum berlepas ke Tawau.

Tawau Teraktif Saringan NCD, Bakal Jadi Hab Kardiologi Pantai Timur

Image
Wartawan : Bustan Made Aming Foto : Mohd Sazwan Roslan TAWAU: Daerah ini muncul antara yang paling aktif melaksanakan saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) termasuk kanser sekali gus mengukuhkan usaha pengesanan awal penyakit kronik  di Sabah. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata pelaksanaan saringan awal termasuk kanser payudara terus dipertingkat bagi memastikan pesakit mendapat peluang rawatan yang lebih baik.   Dzulkefly (kiri) ketika berucap di Majlis Perasmian Kem Kesihatan Kukusan 2025. “Penyakit tidak berjangkit kini cabaran terbesar negara. Dalam banyak keadaan, satu daripada dua individu tidak sedar mereka menghidap hipertensi, diabetes atau kanser. “Saya menyeru masyarakat agar cakna, datang membuat pemeriksaan dan mengambil langkah rawatan awal,” katanya ketika merasmikan Kem Kesihatan Kukusan 2025, pada Rabu. Beliau turut memaklumkan selaras impian menaik taraf Hospital Tawau ke Hospital Kategori 1, daerah tersebut ...

PMX Tiba di Sandakan Bertemu Belia, Masyarakat Cina

Image
Wartawan : Deonalissa Jekee Foto : Norazuwan Mohd Yussof SANDAKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Sandakan pada jam 5.28 petang dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sandakan. Ketibaan beliau disambut oleh ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri. Anwar dijadualkan menghadiri beberapa program antaranya Sesi Ramah Mesra bersama Belia Sandakan di Pusat Futsal Sim Sim, Majlis Ramah Mesra dan Makan Malam bersama masyarakat Cina bagi kawasan Karamunting serta Elopura, sebelum bertolak ke Tawau. Anwar ketika bacaan doa.  

KPM Pastikan 413,000 Calon Duduki Peperiksaan SPM - Fadhlina

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          :  Volintine Jiloh KENINGAU:   Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersiap siaga menghadapi cuaca bagi memastikan lebih  413,000 calon tetap menduduki  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata sepanjang peperiksaan SPM Tahun 2025 berlangsung, pihaknya bersiap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya melibatkan kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. "Ada sedikit cabaran di beberapa negeri kerana banjir, tapi alhamdulillah semua persiapan berjalan dengan baik dengan siap-siaga daripada semua agensi-agensi yang terlibat. "Jadi untuk Sabah, saya ucap terima kasih kepada JPN, PPD dan sekolah khususnya yan...