15,000 Hadir Meriahkan Penutupan Sambutan Krismas Sabah 2025
Wartawan : Suzaima Ibrahim Jurufoto : Jeffren Malaning/Johnny Joklis /Norazuwan Mohd Yussof KOTA KINABALU: Seramai 15,000 individu berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Penutupan Sambutan Perayaan Krismas Peringkat Negeri Sabah 2025 yang berlangsung di Padang Merdeka, di sini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata sambutan yang kini memasuki tahun ke-20 itu telah berkembang menjadi lambang perpaduan, jambatan persaudaraan dan manifestasi keharmonian rakyat Sabah. " Sabah Christmas Celebration 2025 menandakan keterbukaan semangat inklusif dan penyertaan semua lapisan masyarakat selaras dengan aspirasi kerajaan negeri Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan pembangunan seimbang kesejahteraan sosial, perpaduan rakyat dan kelestarian alam. "Kerajaan negeri akan terus memastikan perpaduan rakyat kekal utuh bagi membawa lebih banyak pembangunan," katanya semasa Majlis Penutup...