Pendidik Tahfiz Diingatkan Berhemah Tangani Disiplin Pelajar - JHEAINS
Wartawan : Hamidah Len
Jurufoto : Merusin Maruddin
![]() |
| Situasi semasa Sidang Media Pengumuman Keputusan Rasmi Peperiksaan Sijil Rendah Ugama dan Sijil Menengah Ugama Tahun 2025. |
![]() |
| Arifin bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai kanan JHEAINS. |
![]() |
| Jumain (tengah) ketika ditemui media. |
Menurut beliau, tenaga pengajar pusat tahfiz swasta di Telipok yang didakwa mengasari pelajar di luar Cyber Cafe telah digantung tugas sementara siasatan penuh dijalankan oleh pihak berkuasa.
"Keputusan menggantung tugas itu dibuat oleh ahli lembaga pengurusan tahfiz terbabit sebagai langkah awal bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus dan menyeluruh.
"Pusat tahfiz berkenaan merupakan institusi swasta yang berdaftar secara sah dengan JHEAINS, namun pengurusan dan tindakan tatatertib ke atas tenaga pengajar adalah di bawah bidang kuasa lembaga pengelola institusi tersebut.
“Pasukan JHEAINS telah turun padang melawat pusat tahfiz berkenaan dan mengambil laporan penuh sebaik isu ini tular.
"Perkara utama yang diberi perhatian serius ialah kapasiti dan kelayakan guru, khususnya melibatkan kes kekasaran pelajar,” ujarnya.
Dalam kejadian tular baru-baru ini, seramai 13 pelajar tahfiz dikesan berada di sebuah Cyber Cafe pada waktu malam./Penerangan-



Comments
Post a Comment