Lima Kementerian Lengkapkan Penggulungan RUU Perbekalan( 2026) 2025 di DUN Sabah
Wartawan : Siscalistorina Janius
Foto : Johny G. Kimlon/Merusin Minuddin
KOTA KINABALU: Lima kementerian melengkapkan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2026 pada hari ketiga Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ketujuh Belas yang berlangsung pada Rabu.
Suasana sebelum sidang DUN Sabah bermula.
Penggulungan itu membabitkan Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) oleh Menterinya, Datuk Jamawi Jaffar; Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) oleh Datuk Dr. Mohamad Arifin Mohd Arif serta Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan oleh Datuk Ewon Benedick.
Turut mengambil bahagian ialah Kementerian Kerja Raya Sabah oleh Datuk Seri Panglima Dr. Joachim serta Kementerian Kewangan oleh Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Persidangan hari ketiga itu turut menyaksikan penggulungan ucapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Mesyuarat berkenaan turut disaksikan oleh 45 pelajar dan 30 pengiring dari Kolej Vokasional Likas yang hadir sebagai kumpulan pemerhati.
Sidang hari ketiga DUN Sabah itu ditangguhkan oleh Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya pada jam 5.57 petang. /Penerangan-
Comments
Post a Comment