14 ADUN Bahas RUU Perbekalan Sabah 2026 Pada Hari Kedua

Wartawan : Idris Sani Saberun

Foto : Shahvian Mohd Razali


KOTA KINABALU: Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengambil bahagian dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2026 pada hari kedua Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, pada Selasa.


Mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 pagi itu dipengerusikan oleh Timbalan Speaker DUN, Datuk Al Hambra Tun Juhar.


Gambar-gambar sekitar suasana hari kedua Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.




Memulakan sesi perbahasan ialah ADUN Paginatan, Datuk Rusdin @ Musidi Riman, diikuti ADUN Bugaya, Jamil Hamzah; ADUN Tambunan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan; ADUN Segama, Muhammad Abdul Karim dan ADUN Liawan, Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi.

Turut mengambil bahagian ialah ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib; ADUN Dilantik, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi; ADUN Sebatik, Manahing Tinggilani; ADUN Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali; ADUN Tungku, Assaffal P. Alian dan ADUN Bengkoka, Datuk Harun Durabi.

Perbahasan diteruskan oleh ADUN Karamunting, Wong Tshun Khee; ADUN Dilantik, Grace Lee Li Mei serta ADUN Silam, Datuk Dr. Mohammad Yusof Apdal.


Gambar-gambar sekitar suasana hari kedua Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.



Sementara itu, sesi penggulungan kementerian dimulakan oleh Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) oleh Menterinya, Datuk Julita Mojungki.

Ia diikuti Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KBSK), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Rubin Balang; Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi (KPST&I), Datuk James Ratib serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS), Datuk Jafry Ariffin.

Sidang DUN ditangguhkan pada pukul 4.49 petang./Penerangan-

Gambar-gambar sekitar suasana hari kedua Mesyuarat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17.



Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah