Posts

Showing posts from January, 2026

RM90 Juta Disalur Kepada Badan Keagamaan di Sabah

Image
Wartawan : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Foto : Johnny Kimlon KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM90 juta kepada badan-badan keagamaan di Sabah sebagai usaha memelihara keharmonian masyarakat berbilang agama. Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ewon Benedick berkata peruntukan tambahan tersebut mencerminkan kesungguhan kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyokong pembangunan institusi keagamaan tanpa mengira latar belakang agama. Ewon ketika ditemui media. "Pada tahun lalu sahaja, saya selaku Ahli Parlimen Penampang telah menyalurkan RM150,000 kepada sebuah gereja di Kampung Sugut bagi pembinaan ruang letak kereta. “Hari ini saya turun padang untuk melihat sendiri pelaksanaan bantuan tersebut serta berinteraksi secara langsung dengan masyarakat setempat yang memberikan maklum balas sangat positif,” katanya ketika ditemui media pada sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar, Kem Lok Kawi, pada Ahad. Sementara itu, Pembantu Men...

Busking PENTARAMA Perkukuh Penyampaian Dasar Kerajaan Secara Bersemuka

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Merusin Minuddin KOTA KINABALU : Program Jelajah Info Busking PENTARAMA X  Info On Wheel  (IOW) menjadi platform strategik kerajaan menyampaikan dasar dan inisiatif semasa secara santai dan dekat kepada rakyat. Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata pendekatan hiburan bermaklumat yang diketengahkan menerusi PENTARAMA merupakan usaha Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) turun padang mendekati masyarakat, khususnya di kawasan tumpuan awam pada hujung minggu. Jainisah (tengah) bergambar bersama artis-artis PENTARAMA JaPen Sabah. "Pendekatan PENTARAMA yang menggabungkan elemen persembahan nyanyian, tarian dan drama pentas membolehkan maklumat serta dasar kerajaan disampaikan dalam suasana santai, sekali gus memudahkan masyarakat memahami, menerima dan menghayatinya," katanya pada program tersebut di Api-Api Night Market, Lintasan Deasoka, pada Sabtu malam. Menurut Jainisah, pelaksanaan program secara bersemuka turut memberi r...

215 Pesara Sabah Sertai Majlis Khatam Al-Quran 3.0

Image
Wartawan : Afisya Syazrin Ahmad Sunazneen Foto : Nur Aliah Safiah KOTA KINABALU: Seramai 215 pesara dari seluruh Sabah berjaya mengkhatamkan Al-Quran menerusi penganjuran Majlis Khatam Al-Quran 3.0 sebagai persediaan rohani menjelang bulan Ramadan. Timbalan Mufti Sabah, Abdul Razak Hamdin berkata para peserta merupakan anak didik Al-Fadhil Al-Ustaz Muhammad Harras Baco yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran dalam tempoh lebih setahun menerusi pengajian berjadual. Razak ketika ditemui media.  "Para peserta terdiri daripada 19 kumpulan yang mengikuti kelas pengajian Al-Quran harian secara bersemuka atau dalam talian dengan penekanan terhadap pembetulan sebutan serta peningkatan kualiti bacaan. “Di samping meraikan kejayaan peserta, majlis ini juga merupakan usaha berterusan untuk memohon keberkatan daripada Allah SWT melalui doa dan amalan yang terkandung dalam Al-Quran,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Khatam Al-Quran 3.0, pada Sabtu. Menurut Abdul Razak, penganjuran majlis berk...

JPANS Tingkat Integriti Ke Arah Pensijilan MS ISO 9001:2015, ABMS 37001:2025

Image
Wartawan     : Hamidah Len Jurufoto          :   Mohd Sazwan Roslan/Norazuwan Mohd Yussof KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) kini berusaha mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS 37001:2025) secara bersepadu. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata penjawat awam perlu sentiasa berdisiplin dan berintegriti kerana perkhidmatan awam mesti terus diperkasa bagi menjamin sistem penyampaian yang efektif dan efisien secara berterusan. "Usaha mendapatkan pensijilan berkenaan merupakan langkah strategik untuk memperkukuh tadbir urus organisasi, meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam serta menzahirkan komitmen kerajaan negeri terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pengurusan serta pentadbiran. Hajiji ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam persekutuan dan negeri. Hajiji ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam perse...

Pelajar Sabah di Timur Tengah Disaran Jadi Duta Pendidikan

Image
Wartawan: Hamidah Len Foto: Istana Seri Kinabalu/Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir  KAHERAH: Pelajar Sabah di Timur Tengah diharap menjadi duta pendidikan dengan membawa pulang  ibrah  dan ilmu pengetahuan yang diperoleh untuk berbakti kepada Negeri di Bawah Bayu.   Tun Musa ketika berucap di  Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah di Mesir. Tun Musa (kiri) ketika pertemuan dengan Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman berkata pembangunan sebenar Sabah bukan hanya tertumpu kepada pembinaan bangunan besar sebaliknya menekankan pembangunan modal insan yang berteraskan pendidikan, nilai dan integriti. Tun Musa ketika berucap di  Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sabah di Mesir. “Pembangunan tanpa pencerahan akal budi adalah rapuh. Pendidikan mesti menjadi fokus utama bagi melahirkan generasi berilmu, bertamadun dan berintegriti,” katanya ketika berucap pada Majlis Mahabbah Bersama Pelajar Sab...

JPSM Disaran Pertimbangkan Bina Pusat Latihan Pertanian di Beluran

Image
Wartawan/Foto: Zuraidah Ahmad BELURAN: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) disaran mempertimbangkan pembinaan  pusat latihan tanaman menggunakan teknologi sebagai hab latihan dan pembangunan kemahiran  di daerah ini. Samad ketika menyampaikan ucapan perasmian  Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Smart Farming IoT  (Tanaman Fertigasi) Daerah Beluran 2026. Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri berkata langkah itu penting dalam meningkatkan kemahiran serta taraf ekonomi masyarakat setempat khususnya golongan B40 bagi jangka masa panjang. "Sekiranya pihak JPSM dapat melaksanakan di daerah Beluran in,i sama ada membina pusat-pusat latihan dan sebagainya, kita menyambut baik dan kita akan memberikan sokongan sepenuhnya," ujarnya.   SIJIL...Samad menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil peserta kursus, Siti Khatijah Malange.  Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian P...

Teater Muzikal 'The Last Tantagas' Tonjol Sejarah Etnik Dusun Lotud

Image
Wartawan: Nazri Ramshah Abdul Basah Foto:  Jeffren Malaning KOTA KINABALU : Teater Muzikal  The Last Tantagas : Keeper Of The Sacred Texts  menonjolkan sejarah budaya dan kepercayaan etnik Dusun Lotud di Sabah. Para artis mempersembahkan teater muzikal dengan penuh penghayatan. Tantagas yang turut terlibat menjayakan teater berkenaan.  Menurut Pengarah Produksi, Judeth John, kisah itu diangkat ke pentas teater muzikal sebagai langkah menghargai sumbangan etnik tersebut dalam sejarah warisan Sabah. "Idea pementasan ini tercetus hasil daripada kajian ketika saya masih berkhidmat di muzium.  "Saya menyedari akan keperluan untuk mendokumentasikan perihal komuniti ini yang kian dilupakan oleh generasi muda. Judeth ketika ditemubual selepas tayangan The Last Tantagas : Keeper Of The Sacred Texts. "Lagu-lagu dalam teater ini juga diinspirasikan daripada mantera asli dan diberikan nafas baharu bagi menarik minat generasi muda agar mereka lebih memahami dan menghorm...

Hampir 21,000 Wanita Sabah Jalani Ujian HPV DNA Percuma Sejak 2019

Image
Wartawan: Florinah Lunsin Foto: Pejabat Penerangan Daerah Kudat KUDAT : Melalui inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), hampir 21,000 wanita di Sabah menjalani ujian virus papilloma manusia (HPV DNA) secara percuma sejak 2019. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki berkata, ujian HPV DNA adalah kaedah saringan paling berkesan untuk mengesan jangkitan HPV yang merupakan punca utama kanser serviks. “Daripada 20,643 wanita yang disaring, 1,868 disahkan positif HPV, 33 kes pra-kanser dan dua kes kanser serviks dikesan pada peringkat awal. "Pengesanan awal ini membolehkan rawatan segera diberikan sebelum penyakit menjadi serius, seterusnya meningkatkan peluang pemulihan dan menyelamatkan nyawa,” katanya. Julita ketika menyampaikan ucapan perasmian. Julita (tengah), Abdul Shukur (tiga dari kanan) ketika gimik perasmian majlis. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Per...

Grit Kuasa Sabah-Sarawak Stabilkan Sistem Bekalan Tenaga Serantau-Hajiji

Image
Wartawan: Nurfatin Mohammed Yunus Foto: Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Projek Penyambungan Grid Kuasa Sabah–Sarawak dijangka memperkukuh sistem bekalan elektrik negeri dan menjadikannya lebih stabil, mampan serta meningkatkan keselamatan tenaga.   Hajiji berucap di Majlis Perasmian  The Energisation of the Sarawak–Sabah Power Grid Interconnection Project Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata projek strategik itu secara berperingkat mengurangkan kebergantungan terhadap penjanaan berasaskan bahan api fosil, memperkukuh margin rizab elektrik dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap kebolehpercayaan bekalan kuasa. “Usaha memperkukuh pembangunan tenaga elektrik di Sabah memerlukan kerjasama semua pihak secara bersepadu. Komitmen Kerajaan Negeri jelas iaitu memastikan bekalan elektrik negeri ini terus diperkasa. "Sabah menghargai kesediaan Sarawak untuk menjadi rakan strategik tenaga bukan sahaja dalam kerjasama bekalan elektrik merentasi sempadan,...