Elica Antara 207 Individu Terima Darjah Kebesaran TYT Sabah
Wartawan : Zuraidah Ahmad Jurufoto : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Penyanyi Sabah yang sedang mengukir nama di persada seni tanah air, Elica Paujin hari ini dikurniakan darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK). Elica atau nama penuhnya Angelica Paujin, 25, berasal dari Tambunan merupakan salah seorang daripada 49 individu yang dikurniakan darjah tersebut oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang serta Pingat Negeri Sabah, di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu. Elica (kiri) dikurniakan ASDK oleh Tun Juhar. Turut dikurniakan ADK ialah Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki, Pegawai Daerah Kinabatangan, Willey Lampaki, Pegawai Daerah Tongod, Yuesri Ismail Yusof, Pegawai Daerah Tambunan, Sobiton Makajil, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Jennieve Peter @ Bernadith,...