Posts

Bakal Jemaah Haji Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Pengetahuan

Image
Wartawan     : Zuraidah Ahmad Jurufoto          : Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU:   Bakal jemaah haji diseru melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan secara berterusan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata bakal jemaah haji juga dipelawa serta memanfaatkan kursus-kursus haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi menambahkan pengetahuan sedia ada. "Saya juga mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua bakal haji agar meneruskan usaha belajar dari masa ke masa berhubung dengan hukum hakam haji ini bermula dari sekarang. "Saya difahamkan bahawa Tabung Haji juga akan memulakan urusan-urusan berhubung dengan pengenalan kursus-kursus haji untuk memudahkan orang yang terpilih atau mereka yang akan menjadi  Duyuf Ar-Rahman  pada tahun hadapan," ujarnya. Di samping itu, umat Islam di negeri ini juga digesa untuk mendaftar dengan TH bagi memudahkan urusan menunaikan iba...

DBP Sabah Perkasa Bahasa Sukuan Melalui Kerjasama Persatuan Etnik

Image
Wartawan     :  Deonalissa Jekee Edin Jurufoto        : Azman Jumat KOTA KINABALU : Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah terus memperkukuh usaha melestarikan bahasa sukuan menerusi kerjasama strategik dengan persatuan-persatuan etnik di negeri ini. Pengarahnya, Jennitah Noordin berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menerbitkan kamus bahasa sukuan, sekali gus memastikan khazanah linguistik etnik Sabah dapat dipelihara dan didokumentasikan secara sistematik. “Selain memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan, DBP turut dipertanggungjawabkan untuk melestarikan bahasa sukuan. “Ketika ini, kami bekerjasama dengan persatuan etnik yang mempunyai autoriti dalam hal berkaitan bahasa sukuan,” katanya ketika ditemui semasa majlis  Gema Puisi Nan Abadi  di sini, pada Sabtu. Menurut Jennitah, kerjasama tersebut membolehkan DBP mendapatkan kepakaran persatuan etnik dalam usaha membina kamus serta mengumpulkan kosa kata...

Projek Sekolah Serudung Laut Dipercepat, KPM dan MINDEF Jalin Kerjasama

Image
Wartawan     : Suzaima Ibrahim Jurufoto          :  Johny Joklis KOTA KINABALU :  Kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dijangka mempercepatkan pembinaan sekolah baharu di Serudung Laut menerusi inisiatif program Jiwa Murni. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata usaha itu bertujuan memastikan akses pendidikan kepada anak-anak di kawasan berkenaan dapat direalisasikan segera, selaras dengan komitmen kerajaan memperluas peluang pendidikan di kawasan pedalaman. "Insya-Allah, kita akan pastikan projek ini berjalan lancar. Saya sudah meninjau lokasi sebelum ini dan mendapati terdapat ruang yang sesuai dan berpotensi untuk pembinaan sekolah.  "Ini memberi makna besar kepada anak-anak di Serudung Laut untuk mendapatkan pendidikan," katanya ketika ditemui media  selepas merasmikan Majlis Penutupan Sambutan Ulang Tahun ke-69 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) peringkat kebangsa...

Amir Kahar, Nursuhadah Tokoh Maal Hijrah Sabah 1447H

Image
 Wartawan :  Hamidah Len  Foto :  Jefren Malaning / Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banggi, Datuk Amir Kahar Tun Mustapha dan bekas pembaca berita, Datin Seri Panglima Nursuhadah Basah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Sabah 1447H/2025M. Penyampaian anugerah kepada kedua-dua tokoh tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di sini, pada Jumaat. Amir dilahirkan pada 16 Februari 1950 mewarisi semangat juang ayahandanya, Allahyarham Tun Datu Mustapha dalam memperjuangkan nasib rakyat Sabah. Tun Musa (tiga kiri) menyampaikan anugerah Tokoh Ma'al Hijrah kategori lelaki kepada Amir Kahar. Berbekalkan kelulusan dari  London Business School dan Harvard School of Business,  beliau menempatkan diri dalam arena politik negeri sebagai ADUN selama lima penggal dan Ahli Parlimen selama tiga penggal. Puncak kerjayanya menyaksikan beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua M...

Bina Umat Madani Tanggungjawab Bersama – Tun Musa

Image
 Wartawan :  Hamidah Len   Foto :  Jefren Malaning /  Mohd Rizal Matasan  KOTA KINABALU: Pembinaan umat madani yang progresif dan dinamik tidak hanya bergantung kepada kepimpinan semata-mata, sebaliknya menuntut iltizam serta tanggungjawab seluruh masyarakat. Tun Musa (tengah) ketika menyampaikan perutusan khas. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menegaskan sambutan Ma’al Hijrah perlu menjadi medan muhasabah dan permulaan ke arah masa depan lebih sempurna, dengan menjadikan nilai dan prinsip Islam sebagai asas pembangunan menyeluruh.  Tun Musa (kanan) menyantuni belia yang menyertai reruai pameran sempena sambutan Ma'al Hijrah. “Umat Islam harus menjadikan semangat hijrah sebagai pencetus perubahan cara berfikir, budaya kerja dan hala tuju hidup. "Progresif bermakna kita mara dalam bidang ilmu, ekonomi, teknologi dan pemikiran. Dinamik pula menuntut kita tangkas mendepani cabaran zaman dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan duni...

Tun Musa Hadiri Majlis Kesyukuran Ma'al Hijrah

Image
 Wartawan :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim  Foto :  Azman Jumat KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa  Aman menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Akhir Tahun 1446 Hijrah dan Awal Tahun 1447 Hijrah, di sini, pada Khamis. KetibaanTun Musa (tengah) ke Masjid Negeri diiringi Hajiji.(kiri) Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun yang dipimpin Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, sebelum diikuti solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil yang diketuai Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting. Suasana ketika bacaan surah yasin dan tahlil yang dipimpin oleh Suhaidi (depan kiri). Majlis turut diserikan dengan tazkirah Maal Hijrah oleh penceramah jemputan, Datuk Ustaz Kazim Elias, sebelum jemaah menunaikan solat Isyak yang turut diimamkan Suhaidi. Tazkirah Ma'al Hijrah oleh penceramah jemputan Ustaz Kazim Elias (kanan). Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Menteri Sains, Te...

Sabah Terajui Dasar Pendidikan Alam Sekitar Negara – Christina

Image
Wartawan: Siscalistorina Janius Foto: Mohd Rizal Matasan TUARAN: Sabah terus menerajui usaha pemeliharaan alam sekitar apabila menjadi antara negeri pertama di Malaysia yang membangunkan dasar pendidikan alam sekitar. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Datuk Seri Panglima Christina Liew berkata, Dasar Pendidikan Alam Sekitar Sabah (SEEP) yang dilancarkan pada November 2009 menjadi platform penting dalam menyatukan pelbagai pihak dalam melaksanakan pendidikan alam sekitar secara menyeluruh dan berkesan. “Alam sekitar sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Negeri. Dasar ini melengkapkan pelaksanaan Dasar Alam Sekitar Negeri Sabah yang dilancarkan pada 2017 serta Enakmen Perlindungan Alam Sekitar 2002 yang sedia ada,” katanya. Mary  ketika menyampaikan ucapannya. Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan Timbalan Setiausaha Tetap I KePKAS, Mary Isidore Malangking sempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2025, pada Khamis. Daisy (...