UiTM Raih Kemenangan Berganda
Wartawan : Yani Izzati Idres Foto : Johny Joklis/Mohd Rizal Matasan/Jefren Malaning/Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU : Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah meraih kemenangan berganda dalam pertandingan perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah 2024. Sesi Penyampaian Hadiah Kor Suksis UiTM Sabah UiTM mendominasi kategori Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) apabila muncul juara dan naib juara melalui Komander Kesatria dan Kor Suksis manakala tempat ketiga disandang oleh Petronas Bridged Bomba Kimanis Petroleum Training Centre. Sementara itu, Jabatan Perhutanan Sabah meraih gelaran juara bagi kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi sementara Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Perbandaran Tawau masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Sesi Penyampaian Hadiah bagi kontinjen Jabatan Perhutanan Sabah Bagi kategori Jabatan kerajaan tidak Berpakaian rasmi pula, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar...