Kerajaan Komited Perkasa Modal Insan Melalui Pendidikan - Hajiji

Wartawan : Idris Sani Saberun Foto : Mohd Sazwan Bin Roslan KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited memperkasakan pembangunan modal insan melalui pendidikan. Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pembangunan modal insan sentiasa menjadi keutamaan kerajaan bagi menyediakan pemimpin yang bakal mencorakkan masa hadapan negeri. Jelas Hajiji, kerajaan negeri melalui Yayasan Sabah telah membantu seramai 121,897 pelajar sejak 1967 hingga Jun 2024 yang melibatkan perbelanjaan berjumlah RM868 juta. Hajiji ketika menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar baharu UMS Sesi 2024/2025 . Ujar beliau, bagi meringankan beban pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di Semenanjung, Sarawak dan Labuan kerajaan buat julung kalinya telah memberi bantuan subsidi tiket penerbangan menerusi Subsidi Graduan Rindu Sabah berjumlah RM600 seorang kepada semua pelajar Sabah yang terlibat pada bulan Mac lalu dengan peruntukan lebih RM1...