Kunjungan Hormat Panglima 5 Divisyen Baharu
Wartawan : Siscalistorina Janius
Jurufoto : Johny Joklis
KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima 5 Divisyen baharu, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
Kunjungan tersebut adalah bersempena dengan pelantikan beliau yang menggantikan Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkuatkuasa 11 September lalu.
![]() |
CENDERAMATA...Tun Juhar (kiri) ketika menerima cenderamata daripada Noorrul (kanan). |
![]() |
Noorrul (kanan) semasa menerima cenderamata daripada Tun Juhar (kiri). |
![]() |
KENANGAN...Noorul (dua dari kiri) dan rombongan semasa bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah). |
Noorul, 54, berasal dari Sungai Petani, Kedah menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan (AKS OLP) di Markas Latihan Angkatan Tentera Kuala Lumpur sebelum dilantik menjadi Panglima 5 Divisyen Kem Lok Kawi.
Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Ketua Staf Markas 5 Divisyen, Kolonel Mohd Johaizad Jarudin dan Pegawai Staf 1 Tadbir Markas 5 Divisyen, Lt. Kolonel Ahmad Muzaimi Haji Mohd Ali./Penerangan-
Comments
Post a Comment