Penjawat Awam, Swasta Digalak Menggunakan Batik Lokal Sabah - Jeffrey

 Wartawan        : Bustan Made Aming

Jurufoto            : Johnny Joklis


KOTA KINABALU: Penjawat awam dan swasta di negeri ini digalak untuk memakai batik bermotifkan corak tempatan Sabah pada setiap Khamis.


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, penggunaan batik bermotifkan lokal Sabah merupakan langkah mengekalkan tradisi seterusnya mampu mempromosikan produk tempatan.

Jeffrey ketika ditemui media.

"Saya mengajak semua pegawai kerajaan dan pekerja swasta menggunakan baju-baju batik lokal negeri ini sebagai satu cara kita untuk expose produk tempatan kepada masyarakat luar.

"Terdapat pelbagai motif menarik yang ada pada batik kita antaranya bunga Rafflesia, Periuk Kera dan sebagainya yang harus kita kekalkan sebab ia merupakan tradisi kita.

Jeffrey (Tiga kiri), Ainu Sham (tiga kanan) bersama dif kehormat menyaksikan Pertandingan Ratu Cilik FKB yang diadakan sempena FKB.

"Jadi, saya menggalakkan kepada pengusaha batik dan kraf tradisi tempatan seperti manik serta tenunan agar lebih kreatif dalam membuat serta menghasilkan produk yang menarik dan berkualiti untuk diperagakan kepada orang luar," ujarnya ketika ditemui media sempena majlis penganjuran Festival Kraf Borneo (FKB) 2024 di Pusat Beli-Belah 1Borneo pada Sabtu.

Jeffrey (dua kanan) bergambar bersama para pemenang Pertandingan Ratu Cilik FKB 2024. 

Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah menyarankan para pengusaha melaksanakan program atau latihan-latihan sebagai langkah memperkenalkan produk masing-masing.

"Yang perlu kita buat adalah promosi dan pemasaran yang berkesan, jadi saya menyeru pengusaha-pengusaha kraf kita ini menyertai program dan latihan yang berkenaan sebagai saluran menjual produk selain menambah kepakaran menghasilkan kraftangan.

Jeffrey (tengah) menyantuni para pengusaha kraf bersama Halim (kanan).

"Sepertimana yang kita lihat di pentas tadi, anak-anak muda kita telah menjadi model dalam mempamerkan baju-baju tradisi, ini sekali gus satu cara mempromosikan kraf tangan, kita kena kembangkan dengan memberikan mereka latihan, dorongan dan paling penting sokongan dari pelbagai pihak termasuk kerajaan," katanya.

Pada majlis tersebut Jeffrey turut menyampaikan sijil penghargaan Rakan Strategik FKB kepada 11 jabatan dan agensi yang terlibat menjayakan penganjuran FKB 2024 antaranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah, Jabatan Penyiaran (RTM) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Jabatan Arkib Negeri Sabah. 

 KENANGAN... Para peserta ratu cilik bergambar di atas pentas

Turut hadir, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Datuk Ainu Sham Ramli dan Timbalan (pembangunan), Abdul Halim Ali, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah, Abdul Rahman Omar dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sabah, Ibrahim Othman./Penerangan-

PAMER... antara produk tempatan yang di pamerkan pada FKB 2024. 

PAMER... antara produk tempatan yang di pamerkan pada FKB 2024. 




Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri