RM35 Ribu Berjaya Dikumpul Melalui Kejohanan Golf Amal TYT

Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Foto : Merusin Minuddin/Jefren Malaning/Shahvian Mohd Razali/Vicky Sylvester Matanjang



TUARAN : Sebanyak RM35,000 sumbangan berjaya dikumpul melalui Kejohanan Golf Amal Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Ketibaan Tun Juhar disambut oleh petugas kejohanan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Seri Rosli Isa berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak RM5,000 berbanding tahun lalu dan berharap agar semua yang terlibat sentiasa menjaga hubungan baik agar objektif penganjuran tercapai.

Rosli ketika menyampaikan ucapan.

"Pada tahun ini, Jawatankuasa Pelaksana Kejohanan Golf Amal berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM35,000 mengatasi kutipan tahun lalu dengan jumlah terkumpul sebanyak RM30,000.

"Kesemua ini kita akan sumbangkan kepada Yayasan Nur Jauhar (YNJ) selaras dengan objektif kita menjaga hubungan baik yang sedia terjalin agar terus dikekalkan demi kemajuan dan kemakmuran negeri Sabah," katanya ketika berucap dalam kejohanan tersebut, pada Sabtu.

Seramai 117 peserta menyertai Kejohanan tersebut terdiri daripada penjawat awam persekutuan dan negeri, Badan-Badan Berkanun serta ahli-ahli korporat.

Antara pemenang kategori novelties.

Pertandingan Kategori A, tempat pertama dimenangi oleh Sainuddin Dullah yang turut menjadi pemenang novelties seterusnya dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan manakala Juntha Shamsuddin dan Christopher James masing-masing menjadi pemenang tempat kedua dan ketiga. 

 Sainuddin (dua dari kanan) menerima piala setelah dinobatkan juara keseluruhan kejohanan.

Bagi Kategori B, Md Said Ag Damit mendapat tempat pertama diikuti oleh Jaffre Dangus di tempat kedua dan Datuk Salsidu Ibrahim ketiga.

Pemenang Kategori B, Md Said Ag Damit (kanan).

Pemenang Kategori Novelties pula terdiri daripada Usman Suhud, Jordan Ting, Lucas Anyi Wan, Abdul Fatah Yazed, Sakka Nordin juga Sainuddin Dullah yang membolehkan mereka membawa pulang wang tunai dan hadiah iringan.

 Al Hambra (tengah) menerima sumbangan bagi YNJ.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri merangkap Pengerusi YNJ, Datuk Al Hambra Juhar; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais; Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair serta Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun./Penerangan-

Tun Juhar menerima cendera kenangan dari Jawatankuasa Pelaksana kejohanan Golf Amal.

Gambar kenangan para peserta bersama Tun Juhar.

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri