Kerajaan Negeri Komited Perkukuh Perkongsian Pintar Sebar Maklumat Tepat-Hajiji

 Wartawan        : Hamidah Len/ 
Jurufoto            :
 Jefren Malaning/Vicky Sylvester Matanjang


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited memperkukuhkan perkongsian pintar penyebaran maklumat jelas dan tepat kepada rakyat dengan memastikan persekitaran media yang adil serta saksama.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata menghormati dan melindungi kebebasan akhbar adalah penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

Hajiji (dua kanan) menyampaikan Best Award Picture kepada Johnny Joklis.

Hajiji ketika berucap di KPA 2024.

Hajiji ketika berucap di KPA 2024.

Hajiji bergambar kenangan bersama para pemenang.



"Kerajaan mahu memastikan semua suara didengari, dan semua pandangan dihormati, menghormati dan melindungi kebebasan akhbar adalah penting untuk kemajuan sosial dan pembangunan demokrasi.

“Kerajaan negeri bertegas dalam hal ini, justeru kami akan terus menyokong penganjuran secara tahunan Kinabalu Press Award untuk mempromosikan  kecemerlangan kewartawanan dan menggalakkan bakat baharu,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2024, pada Ahad.

Tambah beliau, KPA yang bertemakan "Progress Through Smart Partnership" adalah tepat kerana beliau percaya kerjasama antara pengamal media dan Kerajaan Negeri adalah penting dalam menyebarkan maklumat mengenai agenda pembangunan negeri, khususnya pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya  

Menurut Hajiji, pelaporan yang bertanggungjawab memberi kesan kepada integriti berita bagi memastikan laporan kekal adil dan objektif.

“Wartawan dan organisasi media juga bertanggungjawab untuk mendukung etika, termasuk mengesahkan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai, menyediakan liputan seimbang merangkumi semua perspektif.

“Pengamal media di Sabah, melalui laporan mereka, boleh memberi tumpuan kepada pembangunan kritikal yang paling memberi kesan kepada negeri dan rakyat selain melaporkan isu-isu lain yang sama penting,” ujarnya.

Beliau juga menzahirkan harapan agar pengamal media terus berdedikasi dan berada pada tahap tertinggi dalam melaporkan berita yang benar, sahih dan tepat.

Sehubungan itu, Hajiji berkata kerajaan negeri berbangga untuk terus menjadi penaja utama KPA dan turut memuji Shell, Petronas, Qhazanah Sabah Berhad dan terbaru SMJ Energy Sdn Bhd kerana menaja KPA./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri