Dadah, Judi Perlu Dibanteras - James

Wartawan : Mohd Haizul Rohani Jurufoto : J efren Malaning KOTA KINABALU: Gejala penyalahgunaan dadah dan aktiviti judi atas talian perlu dibanteras demi masa depan anak bangsa. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata gejala tersebut mampu menyelinap ke dalam ruang sisi kehidupan masyarakat sekaligus mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan jika gagal dibendung. "Dadah sememangnya dikenali sebagai musuh nombor satu negara yang membawa kehancuran kepada generasi manusia, bahkan kempen dan usaha yang dijalankan termasuklah wujudnya pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan yang bekerja keras menjalankan usaha dan fungsi besar meredakan polemik dadah ini. "Statistik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm) dari tahun 2015 hingga 2018 pula menunjukkan sebanyak 83 peratus daripada 309 kes keganasan rumah tangga adalah berpunca daripada penagihan dadah. S...