Dasar Gaji Progresif 2025 Pastikan Dasar Gaji Negara Terus Relevan

 Wartawan    :
Jurufoto        :



KOTA KINABALU : Dasar Gaji Progresif 2025 dapat memastikan dasar gaji negara terus relevan dengan keperluan semasa.


Ketua Cawangan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) Negeri Sabah, Hazrullizam Idris berkata dasar tersebut merupakan satu inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan struktur gaji yang lebih teratur, adil dan berdaya saing. 

"Dasar ini dirangka bagi meningkatkan taraf hidup pekerja dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan mereka dalam pembangunan negara. 

"Inisiatif itu akan menyaksikan peningkatan gaji mengikut kemajuan dalam pengalaman dan kemahiran, serta memastikan pekerja mendapat manfaat daripada sumbangan mereka dalam sektor masing-masing.

"Dengan sistem gaji yang lebih telus dan adil, majikan akan dapat menarik pekerja yang berkualiti dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan prestasi syarikat mereka," katanya ketika berucap semasa Jerayawara Dasar Gaji Progresif yang diadakan di sini, pada Khamis. 

Menurut Hazrullizam, jerayawara itu bertujuan memberi pendedahan lebih mendalam tentang Dasar Gaji Progresif Malaysia 2025 yang akan memberi manfaat kepada pekerja dan majikan di seluruh negara.

Pengarah Perkeso Negeri Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil majikan projek rintis.

Hazrullizam ketika menyampaikan ucapan.

 Para jemputan bergambar kenangan bersama peserta.

 SUASANA...Suasana ketika majlis perasmian sedang berlangsung.

"Penyertaan dalam jerayawara ini bukan sahaja untuk memahami Dasar Gaji Progresif ini, tetapi juga untuk mendalami bagaimana dasar ini akan memberikan impak positif kepada ekonomi negara dan kesejahteraan pekerja. 

"Ia adalah langkah ke hadapan dalam memastikan sistem gaji yang lebih adil, progresif dan berdaya saing, seiring dengan perkembangan pesat ekonomi negara," tambahnya.

Jerayawara berkenaan disertai oleh seramai 266 kakitangan daripada 187 syarikat swasta di sekitar Kota Kinabalu.

Antara topik yang dibincangkan dalam jerayawara tersebut adalah Pendidikan Perburuhan oleh Jabatan Tenaga Kerja, Dasar Gaji Progresif oleh Kementerian Ekonomi serta Dasar, Pelaksanaan dan Masa Hadapan Gaji Minimum di Malaysia oleh Majlis Perundingan Gaji Negara./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri