Shehelmey Ketuai Majlis Rukyah Hilal Ramadan

Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Foto : Merusin Minuddin



PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmy Yahya yang juga Ahli Parlimen mengetuai majlis rukyah hilal Ramadan 1446H/2025M di Balai Cerap Al-Biruni dekat sini, pada Jumaat.


Shahelmy ketika melakukan cerapan hilal Ramadan.

Shahelmy (dua dari kanan) mendengar taklimat ringkas daripada urus setia cerapan.


Majlis rukyah hilal dijalankan bagi menentukan tarikh permulaan berpuasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang bermula pada 6.00 petang dan berakhir 6.48 petang namun anak bulan tidak kelihatan sepanjang waktu tersebut.


Jawatankuasa Ruqyah Hilal menandatangani dokumen.


Bongsu membuat panggilan bagi memaklumkan hasil cerapan di Balai Cerap Al Biruni Putatan kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.


Hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Ariffin Mohd Arif, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Mufti Negeri Sabah Datuk Bongsu @ Aziz Jaafar, Pengarah JHEAINS Datuk Jamain Abd Ghani./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri