Tun Musa Hadir Majlis Doa Selamat Sambut Ramadan 1446H

Wartawan : Zuraidah Ahmad
Foto : Mohd Sazwan Bin Roslan


KOTA KINABALU:   Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menghadiri Majlis Doa Selamat Sempena Menyambut Ramadan 1446H di Istana Seri Kinabalu.

SOLAT...Tun Musa (empat dari kiri saf depan) sebelum menunaikan solat Maghrib.

Terdahulu, Tun Musa menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah, bacaan Yasin dan tahlil bersama kira-kira 150 jemaah  yang dipimpin oleh Imam Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting di Surau Tun Sakaran, pada Jumaat.


Tun Musa (kanan) ketika menerima pemakluman mengenai penetapan tarikh permulaan puasa oleh Bungsu.

Usai solat maghrib, Mufti Kerajaan Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar memaklumkan  penetapan tarikh permulaan puasa kepada Tun Musa sebelum menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah.

Bungsu memaklumkan penetapan tarikh permulaan puasa.

Antara yang hadir, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri