PROTUNe Cungkil Bakat Usahawan Muda Berjaya Capai Jualan RM1.4 Juta
Wartawan : Idris Sani Saberun Foto :Volintine Jiloh/Mohd Rizal Matasan KOTA KINABALU: Program Tunas Niaga (PROTUNe) di Sabah terus mencipta kejayaan apabila syarikat pelajar di bawah program berkenaan mencatatkan jumlah jualan keseluruhan RM1,405,430 dalam tempoh sembilan bulan pada 2024. ANUGERAH... Andi (tengah) menyampaikan Anugerah Syarikat PROTUNE Terbaik kepada SMK Balung Tawau. Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy berkata, pencapaian tersebut turut disertai keuntungan bersih berjumlah RM313,957 hasil daripada penglibatan langsung pelajar dalam aktiviti perniagaan. “Objektif PROTUNe bukan sekadar membina kemahiran berniaga dalam kalangan pelajar sekolah menengah, tetapi turut menanam nilai kreativiti, inovasi dan kepimpinan. “Apa yang lebih utama adalah pembentukan jati diri, keberanian serta ketangkasan pelajar dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan sebenar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ma...