Tun Musa Terima Kunjungan Duta Besar Republik Indonesia

 Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah/Gladys Junius
Jurufoto     : 
Vicky Sylvester Matanjang  
                                          

KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya Kusumo di Istana Seri Kinabalu di sini, pada Khamis.

Dalam kunjungan berkenaan, Mohammad Iman menyatakan hasrat untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Sabah melalui pelaburan dan perdagangan dalam pelbagai sektor berpotensi.

Mohammad Iman (kiri) ketika menjelaskan tujuan kunjungan kepada Tun Musa (kanan)


"Kami berhasrat untuk melihat peluang pelaburan dan perdagangan yang lebih meluas antara Indonesia dan Sabah selain memperkukuh kerjasama dua hala sedia ada merangkumi pelbagai sektor termasuk pendidikan.

"Justeru, kami akan kembali ke sini dengan membawa delegasi perniagaan bagi meneroka pelbagai potensi yang ada melibatkan pelbagai sektor industri termasuk tenaga boleh baharu, mineral dan perindustrian," katanya kepada media selepas kunjungan hormat berkenaan.

Beliau berkata, kunjungan tersebut bertujuan bagi memperkenalkan diri secara rasmi selepas memulakan tugas di Malaysia sejak Januari lepas.

Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Mohammad Iman (tiga dari kiri) dan rombongan


Beliau turut menggesa warga Indonesia yang ingin bekerja di Malaysia atau Sabah khususnya agar sentiasa menggunakan saluran yang sah dan mematuhi undang-undang tempatan.

Hadir sama, Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, Noorman Effendi./Penerangan-


Comments

Popular posts from this blog

Sepeda Amal Borneo 2025 Bermula 27 Julai Hingga 1 Ogos

Pelajar Sabah di Timur Tengah Disaran Jadi Duta Pendidikan

Pengorbanan Darwis Berbaloi, Anak Raih Kejayaan Cemerlang Dalam STPM