RM16.89 Juta Laksana Program Pemerkasaan Belia - Hajiji
Wartawan/Foto : Zuraidah Ahmad Putatan: Kerajaan negeri memperuntukkan RM16.89 juta bagi melaksanakan pelbagai program pemerkasaan belia sejajar dengan Dasar Belia Sabah. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata kerajaan komited terhadap pembangunan belia di negeri ini kerana mahu melahirkan generasi belia yang mempunyai kualiti ilmu, kemahiran, kepimpinan dan berdaya saing. Shahelmey ketika menyampaikan teks ucapan Ketua Menteri Sabah. "Ini kerana belia adalah pemacu signifikan bagi pertumbuhan ekonomi negeri. "Oleh sebab itu, sebanyak RM16.89 juta diperuntukkan untuk melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan yang menjurus kepada pemerkasaan belia bagi mencapai kesejahteraan sosio-ekonomi," jelas beliau dalam Program Rakan Ekspresi Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sabah di Masjid Daerah Putatan. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja R...