200 Jemaah Sertai Khatam Al-Quran Perdana
Wartawan: Norliza Yusof
Jurufoto: Azman Jumat
Kota Kinabalu : Seramai 200 jemaah menyertai Majlis Khatam Al Quran Perdana anjuran Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA).
Majlis tahunan yang bertujuan bagi mengimarahkan bulan Ramadan itu turut dihadiri Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga Penaung PERTIWISA.
Selain ahli PERTIWISA, majlis itu juga disertai oleh beberapa persatuan lain antaranya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA), Wanita Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Perkumpulan Perempuan Sabah (PPS).
![]() |
| Toh Puan Norlidah (empat dari kiri) juga berkesempatan menyampaikan sumbangan sebanyak RM5 ribu daripada Yayasan Nur Jauhar kepada persatuan tersebut. |
Antara pengisian lain adalah sesi ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba dengan tajuk ceramah Al Quran Mukjizat Teragung Sepanjang Zaman.
![]() |
| Abdul Manap ketika menyampaikan ceramah bertajuk "Al Quran Mukjizat Teragung Sepanjang Zaman". |
Sementara itu, Pengerusi PERTIWISA, Zaleha Datuk Seri Panglima Mohd Kassim ketika ditemui media berkata PERTIWISA akan memberikan sumbangan raya kepada 100 balu dan ibu tunggal serta 100 anak-anak yatim dan asnaf mengikut kawasan yang telah dipilih.
![]() |
| Toh Puan Norlidah (duduk,tengah) sempat merakamkan gambar kenangan bersama Ahli Jawatankuasa PERTIWISA. |
![]() |
KENANGAN...Toh Puan Norlidah (tengah) semasa bergambar kenangan bersama para peserta Majlis Khatam Al Quran Perdana PERTIWISA. |
Menurutnya, antara kawasan yang telah dipilih iaitu Kampung Likas, Sembulan, Tanjung Aru serta sekitar daerah Putatan dan ia dijangka akan diserahkan dalam masa yang terdekat./PENERANGAN.




Comments
Post a Comment