Posts

Jamuan Makan Malam Amal OSCA Oktober Depan

Image
 Wartawan :  Suzaima Ibrahim  Foto :  Volintine Jiloh KOTA KINABALU:  Majlis Jamuan Makan Malam Persatuan Bekas Penuntut Maktab Sabah (OSCA) bakal diadakan pada 4 Oktober depan. Addy ketika ditemui media. Presiden OSCA, Drs. Noran Addy Sukiran berkata majlis tersebut bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong program serta aktiviti pembangunan modal insan dan infrastruktur termasuk projek membina mini stadium di padang sekolah berkenaan. Suasana ketika berlangsungnya sesi kunjungan tersebut.   "Kita akan teruskan agenda untuk sekolah dan kita adalah orang tengah sekolah. "Maktab Sabah melahirkan pemimpin-pemimpin yang ada di Sabah jadi, kita akan balik ke Maktab Sabah untuk membantu sekolah ini. Addy (kiri) sedang menjelaskan sesuatu kepada Tun Musa   (kanan) semasa sesi kunjungan berlangsung. "Kita juga merancang beberapa program OSCA untuk mengumpul dana termasuk Majlis Jamuan Makan Malam Amal OSCA 2025. Target utama kita untuk memb...

LHDN Sabah Kutip RM5.7 Bilion Cukai, Sasaran 2025 Meningkat RM6.2 Bilion

Image
 Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah  Foto :  Volintine Jiloh KOTA KINABALU : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah berjaya membuat kutipan cukai sebanyak RM5.7 billion bagi tahun 2024. Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Malaysia, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata tahun ini agensi itu menyasarkan kutipan yang lebih berbanding tahun lepas dengan nilai sasaran RM6.2 billion bagi negeri Sabah. Yaakob (dua dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Tun Musa. “Sasaran berkenaan meningkat memandangkan kutipan pada tahun 2024 menunjukkan maklum balas yang positif dengan kutipan melebihi dari tahun sebelumnya. “LHDN juga dari masa ke semasa akan terus memantau prestasi syarikat-syarikat yang culas untuk membayar cukai yang sepatutnya dikenakan. Yaakob memperkenalkan barisan ahli persatuan IEM Sabah. “Mereka boleh membuat pembayaran secara ansuran dan menjadi tanggungjawab LHDN Negeri untuk memastikan syarikat-syarikat tersebut mematuhi jadual pembayaran," katan...

Unduk Ngadau Duta Budaya Sabah – Jeffrey

Image
 Wartawan :  Siscalistorina Janius  Foto :   Azman Jumat PENAMPANG: Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan warisan, tetapi menjadi platform penting memelihara budaya, menyatupadukan masyarakat dan memperkasakan peranan wanita sebagai duta budaya Sabah. Jeffrey ketika menyampaikan ucapannya. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, berkata pertandingan Unduk Ngadau kini melangkaui aspek keanggunan semata-mata, sebaliknya berperanan mempromosikan kekayaan budaya dan keindahan negeri secara kreatif serta memberi impak ekonomi kepada komuniti. Toh Puan Faridah (tiga dari kanan) ketika tiba di Dewan KDCA. “Unduk Ngadau bukan sahaja simbol kecantikan dan keanggunan, tetapi juga pemelihara serta penyampai identiti budaya. Mereka kini menjadi ‘influencer’ dalam bidang masing-masing, mempromosikan produk tempatan dan menjana manfaat kepada diri dan masyarakat,” ujarnya. Toh Puan Faridah (empat dari kiri) ketika menyampaikan trofi kep...

Guru Perlu Kuasai Teknologi, Cipta Inovasi Dalam Pengajaran – Arifin

Image
 Wartawan :  Suzaima Ibrahim  Foto :  Marusin Minuddin KOTA KINABALU:  Guru perlu terus berinovasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan dunia pendidikan terutama dalam era digital bagi memastikan pengajaran kekal relevan dan berkesan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perubahan pesat teknologi menuntut guru bukan hanya menguasai silibus, tetapi juga mencipta suasana pembelajaran yang interaktif, kreatif dan bermakna. ANUGERAH...Ruslan (tengah) menyampaikan Anugerah Pengurusan sekolah Terbaik kepada pengetua SMAN Toh Puan Hjh Rahmah  (tiga dari kanan) . “Saya mengajak semua guru untuk beradaptasi dengan cabaran semasa dan menjadikan pengajaran satu pengalaman yang menyeronokkan serta membina pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. “Pendidik masa kini perlu bijak memanfaatkan teknologi digital. Kita mahu lahirkan generasi yang bukan sahaja celik ilmu, tetapi juga inovatif dan kreatif,” katanya. PE...

Pelajar Perlu Miliki Kemahiran Holistik, Cemerlang Akademik — Mohammad Arif

Image
 Wartawan :  Hamidah Len  Foto :  Jeffren Malaning KOTA KINABALU: Selain kecemerlangan akademik, para pelajar perlu menguasai kemahiran insaniah, kecekapan teknologi dan pemikiran kritis serta kreatif.   Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, pelajar masa kini perlu bersedia melangkaui batasan tradisi pendidikan bagi membentuk hala tuju negara yang lebih progresif. Mohammad ketika menyampaikan ucapan perasmian. "Ilmu tidak lagi terbatas di bilik darjah. Ia berkembang merentasi sempadan geografi, bahasa dan budaya.  "Justeru, kecemerlangan akademik perlu digandingkan dengan keupayaan berfikir secara kritis, kreativiti, serta penguasaan teknologi dan kemahiran insaniah," jelas beliau. Mohammad Arif (dua kiri) menyampaikan anugerah kepada pelajar terbaik SMK Bandaraya 2024. Menurut Mohammad Arif, majlis seumpama bukan sekadar mengiktiraf pencapaian pelajar, tetapi juga menghargai ketaba...

Persidangan ARISE'25 Buktikan Inovasi, Penyelidikan Rentas Pelbagai Ilmu

Image
 Wartawan :   Zuraidah Ahmad  Foto :   Johny George Kimlon KOTA KINABALU:   Persidangan Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa ARISE'25 membuktikan inovasi dan penyelidikan mampu menjadi landasan merentasi pelbagai bidang ilmu. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata menerusi persidangan tersebut inovasi praktikal seperti aplikasi untuk pendidikan khas, e-kaunseling dan reka bentuk pembelajaran interaktif dapat diketengahkan. Arifin (dua dari kiri) bersama-sama Mohd Hanafiah (dua dari kanan) dan Pengarah IPG Kampus Gaya, Dr. Gerturude Jock di meja makan utama. "Ia bukan sekadar persidangan, tetapi juga platform kolaboratif yang menyatukan pelbagai cabang pengetahuan daripada teknologi maklumat, kecerdasan buatan, pendidikan STEM, kesihatan digital, pendidikan inklusif, hingga seni visual dan pendidikan Islam dan Melayu. "Apa yang lebih membanggakan ialah penglibatan para pendidik, penyelidik dan pelatih da...

500 Orang Terima Sumbangan Petronas

Image
 Wartawan :  Matfazly bin Mat Kassim  Foto :  Johnny Joklis /  KOTA KINABALU : Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menghulurkan sumbangan kepada 500 orang penerima sempena perayaan Pesta Kaamatan dari sekitar kawasan Menggatal. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan dalam Program Memacu Kehidupan anjuran Yayasan PETRONAS dengan kerjasama Jabatan Kebajikan  Am Sabah di salah sebuah hotel terkemuka pada Selasa. PERHARGAAN... Siti Azlina (kanan) menyerahkan cenderamata kepada Datuk Jeffrey.  Jeffrey semasa ditemui media mengucapkan penghargaan ke atas peranan yang dimainkan oleh PETRONAS kepada masyarakat khususnya di Sabah. "Saya bagi pihak kerajaan negeri ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas peranan yang penting yang dimainkan oleh PETRONAS ini dalam bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi ju...