Kerajaan Negeri Terus Sokong Keperluan Polis-Hajiji
Wartawan : Hamidah Len Foto : Johny G. Kimlon KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus menyokong keperluan anggota polis yang merupakan rakan strategik utama keselamatan dan pembangunan negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata k eselamatan negeri adalah asas kepada kestabilan pembangunan, kesejahteraan rakyat dan keyakinan pelabur. Hajiji ketika ditemui media di IPK Polis Sabah. "Dalam kerangka Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0), keselamatan adalah pemudah cara utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri serta teras kepada usaha memperkukuh kesejahteraan rakyat negeri ini. “Malah, tanpa kestabilan sudah tentu ia turut memberi kesan kepada pelaksanaan pembangunan SMJ 2.0,” katanya pada majlis perasmian Galeri Polis Negeri Sabah di Kepayan, pada Rabu. Beliau turut memuji inisiatif menjadikan sebuah bangunan lama di kawasan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Sabah sebagai Galeri Polis Negeri Sabah. “Ia bukan sekadar temp...