Posts

Sabah Cari Keseimbangan Antara Alam Sekitar dan Pertumbuhan Ekonomi — Hajiji

Image
Wartawan     :  Idris Sani Saberun Jurufoto          :   Shahvian Mohd Razali Hajiji (dua dari kiri) menyaksikan majlis penyampaian cenderamata yang disampaikan oleh Majid (dua dari kanan) kepada Tun Musa sambil disaksikan juga oleh Safar (kiri) dan Michael (kanan). KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memastikan usaha memelihara alam sekitar dilaksanakan seiring dengan agenda pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat Sabah. Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah komited memperkukuh penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan memperkasakan perlindungan alam sekitar, namun pada masa sama masih memerlukan pembangunan infrastruktur, peluang pekerjaan dan jaminan bekalan tenaga bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang. "Inilah keseimbangan yang sedang diusahakan Sabah dalam membina masa depan negeri," katanya ketika berucap pada sidang kemuncak World Green and Sustainability Summit (WGSS) bertemakan Powering Green ...

Sabah Amal Model Pertumbuhan Seimbang Tangani Isu Alam Sekitar dan Pembangunan - Hajiji

Image
Wartawan     : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto     :  Shahvian Mohd Razali Hajiji (empat dari kiri) bergambar kenangan dengan Tun Musa (lima dari kiri) bersama tetamu kehormat yang turut hadir. KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah mengamalkan pendekatan model pertumbuhan seimbang dalam usaha menangani isu alam sekitar dan pembangunan di negeri ini. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Sabah tidak mahu pembangunan memusnahkan alam sekitar, namun Sabah juga tidak boleh menerima pendekatan idealisme alam sekitar yang melambatkan kemajuan rakyat. "Kita mesti menolak kedua-dua ekstrem ini dan kita tidak mahu pembangunan yang melulu, tetapi kita juga tidak mahu peralihan yang tidak realistik. Jalan ke hadapan bagi Sabah ialah model pertumbuhan yang seimbang. "Antaranya pertumbuhan disiplin, pemuliharaan dengan nilai, pelaburan dengan tanggungjawab, peralihan tenaga dengan kemampuan dan kemampanan dengan keadilan," katanya semasa berucap pad...

MRSM Kota Kinabalu Bakal Diberi Nama Baharu

Image
Wartawan     : Deonalissa Jekee Edin/Nurfatin Mohammed Yunus Jurufoto          :   Volintine Jiloh   Tun Musa (empat dari kanan) bergambar kenangan bersama pegawai-pegawai tinggi MARA. KOTA KINABALU : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu bakal dikenali dengan nama baharu. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tarikh pemasyhuran nama baharu berkenaan akan diumumkan selepas mendapat persetujuan rasmi daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman. "Kunjungan hormat pada hari ini adalah untuk menyampaikan hasrat kami secara rasmi bagi mendapatkan persetujuan Tun Musa, setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah mengisytiharkan untuk menamakan dan memasyhurkan MRSM Kota Kinabalu dengan nama Tun Musa Aman. "Kunjungan ini juga adalah bagi mendapatkan persetujuan daripada Tun Musa supaya pemasyhuran itu dapat disegerakan.  Asyraf ketika ditemui media.  ...

Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama - Jauteh

Image
Wartawan    :  Sam Mansibu Jurufoto    : Mazlan Bakar/ Mustapha Bacho/ Yunis Amerull Hafiz Yunis Basuki Jauteh ketika ditemui media. NABAWAN : Keselamatan negara merupakan tanggungjawab bersama yang perlu digalas bagi mengekalkan keamanan. Pesuruhjaya Polis, Datuk Jauteh Dikun menegaskan keselamatan negara bukan saja tanggungjawab pihak berkuasa, malah merupakan amanah bersama seluruh lapisan masyarakat. "Nabawan dipilih sebagai antara lokasi Program Community Policing memandangkan kedudukannya yang strategik berhampiran sempadan Indonesia, sekaligus menjadikannya kawasan yang memerlukan kesedaran keselamatan yang tinggi dalam kalangan penduduk tempatan. "Kerjasama masyarakat amat penting dalam membantu pihak berkuasa membendung jenayah rentas sempadan, penyeludupan dadah, penipuan dalam talian serta pelbagai ancaman keselamatan lain yang boleh mengganggu ketenteraman awam," katanya ketika merasmikan majlis penutupan program berkenaan yang diadakan di sini, pada...

Pelan Induk Hutan 25 Tahun Bagi Pengurusan Sumber Hutan Sabah Dirangka - Hajiji

Image
Wartawan     :  Said Kalihing/ Wenny Di Tian Soh Jurufoto          : Muhammad Noor bi Abdu Rahman   Hajiji (dua dari kiri) ketika menyerahkan cek cura peruntukan fasa kedua Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity (EFT) Tahun 2026. SOOK : Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah sedang merangka satu Pelan Induk Hutan sebagai garis panduan pengurusan sumber hutan Sabah bagi tempoh 25 tahun akan datang.  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pelan itu selari dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mengusahakan rasionalisasi guna tanah bagi tujuan keseimbangan pembangunan sosioekonomi dan konservasi alam sekitar.  "Dengan tersedianya Pelan Induk Hutan ini, kerajaan sabah akan memastikan semua Kawasan Ekologi Sensitif (ESA) tetap dilindungi dan tidak mengabaikan pembangunan sosioekonomi untuk kesejahteraan rakyat Sabah. "Perkara ini adalah seiring dengan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya melalui...

150 Sertai Program Berkhatan Perdana Peringkat Negeri

Image
Wartawan     : Nurfatin Mohammed Yunus Jurufoto          :  Shahvian Mohd Razali SUASANA...suasana semasa sesi bersiram. KOTA KINABALU : Seramai 150 peserta menyertai Program Berkhatan Perdana Peringkat Negeri anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Masjid Negeri , pada Sabtu. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih berkata, program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah membantu meringankan beban kewangan ibu bapa. "Program ini sangat baik dan mampu membantu mengurangkan beban ibu bapa. "Kos berkhatan di klinik swasta dianggarkan sekitar RM250 seorang, namun menerusi program ini, perkhidmatan diberikan secara percuma kepada semua peserta. "Peserta yang terlibat bukan sahaja dari sekitar Kota Kinabalu, malah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut. SUASANA...suasana semasa sesi bersiram. Isnin (dua dari ki...

PMX Dijangka Hadir Sambutan Kaamatan Sabtu Depan

Image
Wartawan     : Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto          :  Norazuwan Mohd Yussof  Jeffrey (tengah) bergambar kenangan bersama anggota Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah. KOTA KINABALU : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir bagi merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah pada 30 Mei ini.  Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksana dan Penyelaras, (MICC) Pesta Kaamatan, Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, kehadiran beliau membuktikan pengiktirafan tertinggi Kerajaan Persekutuan terhadap kebudayaan dan keunikan rakyat Sabah. "Sambutan Pesta Kaamatan pada tahun 2026 sangat istimewa dan meriah kerana menerima kunjungan tetamu kehormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka hadir bagi merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 pada 30 Mei nanti. "Manakala pada 31 Mei pula merupakan hari Majlis Penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah yang aka...