150 Sertai Program Berkhatan Perdana Peringkat Negeri
Wartawan : Nurfatin Mohammed Yunus
Jurufoto : Shahvian Mohd Razali
![]() |
| SUASANA...suasana semasa sesi bersiram. |
KOTA KINABALU : Seramai 150 peserta menyertai Program Berkhatan Perdana Peringkat Negeri anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Masjid Negeri, pada Sabtu.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih berkata, program itu bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah membantu meringankan beban kewangan ibu bapa.
"Program ini sangat baik dan mampu membantu mengurangkan beban ibu bapa.
"Kos berkhatan di klinik swasta dianggarkan sekitar RM250 seorang, namun menerusi program ini, perkhidmatan diberikan secara percuma kepada semua peserta.
"Peserta yang terlibat bukan sahaja dari sekitar Kota Kinabalu, malah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertainya,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan program tersebut.
![]() |
| SUASANA...suasana semasa sesi bersiram. |
![]() |
| Isnin (dua dari kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil KKM. |
![]() |
| SUASANA...suasana semasa sesi bersiram. |
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat iaitu Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta petugas kesihatan dalam menjayakan program berkenaan.
Dalam pada itu, Pengarah JHEAINS, Datuk Awang Juri Ag Tahir berkata, semua daerah digalakkan untuk turut menganjurkan program seumpama itu pada masa akan datang.
"Saya mengalu-alukan mana-mana pihak di seluruh daerah untuk bersama-sama menganjurkan program seperti ini.
![]() |
| . Isnin ketika ditemui media. |
![]() |
| Awang Juri ketika ditemui media. |
"Kita juga akan memberi ruang kepada pemimpin tempatan untuk menggembleng idea dan kepakaran dalam melaksanakan program ini di kawasan masing-masing," ujarnya.
Menurut beliau, pihak JHEAINS bersama MUIS akan meneliti cadangan bagi memperluaskan penganjuran program berkenaan ke daerah lain bergantung kepada kesediaan pihak penganjur tempatan./Penerangan-
![]() |
| Isnin (dua dari kiri) menyerahkan sijil penghargaan kepada wakil pihak bomba (dua dari kanan). |
![]() |
Isnin (tiga dari kiri) menyerahkan beg cenderahati kepada peserta selepas berkhatan. |








Comments
Post a Comment