Kefahaman Komuniti Penting Elak Kekeliruan

Wartawan : Zuraidah Ahmad

Jurufoto : Jeffren Malaning

Papar:   Kesedaran dan kefahaman komuniti setempat mengenai isu semasa penting untuk mengelakkan kekeliruan fakta.

Menurut Pengerusi Nurul Iman Kg Kawang Jurin Othman berkata maklumat lanjut yang diperolehi menerusi komunikasi bersemuka memberi impak yang lebih besar sekali gus mengukuhkan ukhuwah masyarakat.

Jurin ketika ditemui media.


"Di Papar, isu yang paling besar ialah bekalan air paip dan pembakaran terbuka yang boleh dikatakan setiap hari berlaku.

"Jadi, penjelasan lanjut mengenai isu ini memang amat penting supaya masyarakat tidak keliru dengan fakta yang diselewengkan dan berlegar-legar dalam media sosial," katanya ketika ketika ditemui media dalam Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA Madani) di sini, pada Jumaat.

Jurin turut menyarankan agar lebih banyak penganjuran program seumpama diadakan di surau dan masjid selaras dengan usaha mengimarahkan bulan Ramadan. 

Demonstrasi pemadaman api oleh Bomba berjaya mencuri minat para peserta program.


Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Papar Mohd Najib Juhanis selaku penganjur berkata program tersebut selain menyampaikan maklumat kerajaan, ia juga dapat mengerat serta memperkukuh lagi jaringan komunikasi Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Sabah serta agensi-agensi terlibat dengan komuniti setempat.

Program yang dimulai dengan perkongsian dalam  Sesi Taklimat Isu Semasa oleh Najib, disusuli dengan ceramah serta demonstrasi pemadaman api oleh Pegawai Bomba, Hamdani Harith dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Papar.

Acara turut diselitkan dengan tazkirah oleh Jurin sebelum majlis iftar diikuti dengan solat fardhu Maghrib, Isyak dan solat sunat Terawih serta Witir bersama kira-kira 100 jemaah./Penerangan-

Jurin (tiga dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian daripada peserta Program JIWA Madani di Masjid Nurul Iman Kg Kawang.


Comments

Popular posts from this blog

Kota Kinabalu Tuan Rumah SKAW Jun Ini

Kota Kinabalu Jadi Tuan Rumah ASEAN Women’s Conference 2025 Ogos Ini

FKAT Siri Ke-10 Dijangka Lebih Meriah