PPSS Jayakan Program Ibadah Korban Aidiladha Ini
Wartawan : Zuraidah Ahmad Jurufoto : Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Persatuan Peranakan Suluk Sabah (PPSS) akan turut menjayakan Program Ibadah Korban Peringkat Taman Aman Jaya pada sambutan Aidiladha bulan depan. Menurut Pengerusi PPSS, D. Lakson D. Majindi, program tersebut bakal diadakan di Masjid Nurul Aman di Taman Aman Jaya, Lahad Datu dengan kerjasama jawatankuasa masjid serta penduduk setempat. Lakson ketika bercakap kepada media di Istana Seri Kinabalu. "Dalam masa terdekat ini, kita akan menyertai program korban sempena Hari Raya Aidiladha di Lahad Datu jadi PPSS ini turut sama menjayakan program ini di Masjid Nurul Aman," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, hari ini. Ujar Lakson, ekoran kekangan peruntukan, PPSS kini berharat untuk menyusun semula aktiviti serta program berdasarka...