Hala Tuju SMJ Bawa Pembangunan, Kemakmuran Rakyat-Hajiji

 Wartawan    : Bustan Made Aming
Jurufoto        : 


KOTA KINABALU :   Beberapa sektor penting dalam agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) menjadi keutamaan dalam memastikan pembangunan dan kemakmuran rakyat tercapai.  


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, dalam usaha kerajaan negeri membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyat serta negeri, beberapa sektor penting dalam agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya terus menjadi keutamaan.

Hajiji ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera peringkat Negeri Sabah 2024.


Hajiji (dua kanan) meletakkan telapak tangan sebagai tanda pelancaran rasmi majlis tersebut.


TERIMA... Hajiji menyerahkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah kepada Makhzan (dua kanan).


KIBAR... Hajiji (tiga kiri) bersama tetamu kehormat mengibarkan Jalur Gemilang dan Bendera Sabah.


Hajiji (empat kiri) bersama tetamu kehormat sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera peringkat Negeri Sabah 2024. 



"Antaranya keterjaminan makanan, meningkatkan pelaburan dari dalam dan luar negara, pelancongan, menoktahkan miskin tegar, peningkatan infrastruktur, pendidikan, peningkatan penyampaian perkhidmatan serta keselamatan. 

"Di samping itu, kerajaan turut memberi penekanan kepada modal insan khususnya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan pada masa akan datang agar berusaha gigih dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada terus diganggu gugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Justeru, saya berharap agar rakyat terus memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian yang telah menjadi kekuatan utama dalam pembangunan dan kemajuan negara dan negeri ini.

"Sesungguhnya, rakyat mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memelihara dan mempertahankan perpaduan yang sedia terjalin," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera peringkat Negeri Sabah 2024 di perkarangan DBKK, pada Khamis.

Pada majlis tersebut beliau turut mengajak rakyat Malaysia di negeri ini menunjukkan semangat cintakan negara atau patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah sepanjang Bulan Kebangsaan.


PELEPASAN... Hajiji (empat kanan) dan Masidi (tiga kanan) melepaskan peserta Konvoi KMJG disertai pengibaran Jalur Gemilang dan Bendera Sabah.


KONVOI KMJG yang akan menjelajah seluruh daerah di Negeri Sabah.


Persembahan nyanyian lagu patriotik dari artis Pentarama JaPen Sabah dan Koir DBKK turut menyerikan majlis tersebut.

Persembahan nyanyian lagu patriotik dari artis Pentarama JaPen Sabah dan Koir DBKK turut menyerikan majlis tersebut.

Hajiji (depan, tengah), Masidi (kanan) dan Pengarah Penerangan Sabah Jainisah Mohd Noor sebelum pelepasan Konvoi KMJG. 


"Saya menyeru kepada rakyat Malaysia di negeri ini supaya mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di kediaman masing-masing, bangunan pejabat dan premis perniagaan serta kenderaan sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran dengan nikmat kemerdekaan.   

“Sudah pasti dengan adanya semangat dan komitmen tinggi untuk sama-sama menjayakan sambutan ini, saya yakin Jalur Gemilang dan bendera negeri akan sentiasa berkibar megah bukti kita semua bersatu hati bagi mempertahankan serta mengisi nikmat kemerdekaan.

"Bulan Kebangsaan bukan sekadar perayaan semata-mata, ia juga merupakan peluang untuk kita menyantuni rakyat dengan pengisian pelbagai program  antaranya Kembara Merdeka, Simfoni Jiwa Merdeka dan program Merdeka @Komuniti Peringkat Parlimen dan DUN bagi mengekalkan semangat perjuangan dan patriotisme dalam kalangan rakyat berbilang kaum negeri ini," tegasnya. 

Hajiji menyeru agar rakyat memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini memandangkan Hari Sabah akan turut diraikan bersama setelah Kerajaan Negeri pada Jun lalu mewartakan untuk memperingati hari bersejarah itu yang menandakan berakhirnya pemerintahan British di Sabah pada 31 Ogos 1963./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri