Posts

Showing posts from December, 2024

Kecemerlangan Kepimpinan Mantan KM Bantu Bangunkan Sabah - Hajiji

Image
 Wartawan : Zuraidah Ahmad Foto : Mohd Rizal Matasan/Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Kecemerlangan kepimpinan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman sebagai Ketua Menteri sebelum ini, boleh dijadikan panduan dalam mentadbir dan membangunkan negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata jasa dan bakti serta legasi Tun Musa pada masa lalu sebagai mantan Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negeri Sabah, dengan pelbagai kemajuan dan pembangunan, sudah pasti membantu membangunkan lagi negeri ini. Hajiji (lima dari kiri) dalam upacara ucap selamat. “Sesungguhnya, pelantikan Tun Musa sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu adalah bertepatan dan sesuai dengan pengalaman yang luas dan khidmat bakti kepada negeri Sabah sebelum ini. “Saya percaya dan berkeyakinan bahawa pelantikan itu, mampu mengangkat martabat negeri Sabah ke satu tahap yang lebih cemerlang, sesuai dengan pengalaman luas Tuan Yang Terutama Tun sel...

Sabah Terus Maju, Makmur di Bawah Naungan TYT Baharu

Image
Wartawan : Zuraidah Ahmad Foto : Johny G. Kimlon/Merusin Minuddin KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha dan berikhtiar untuk memajukan Sabah demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat negeri ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah juga akan terus menikmati keamanan, kejayaan dan kemakmuran di bawah naungan Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman. Hajiji ketika menyampaikan ucapan taat setia. “Saya mengajak seluruh pemimpin dan rakyat di negeri ini untuk saling bekerjasama, berganding bahu dan bersatu padu ke arah memacukan pembangunan negeri Sabah yang tercinta. “Sesungguhnya, Yang di-Pertua Negeri adalah payung bagi seluruh rakyat, simbol kedaulatan negeri yang bermaruah serta pengukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya. “Justeru, institusi Yang di-Pertua Negeri yang amat dimuliakan ini, akan selama-lamanya dijulang tinggi sebagai teras perpaduan rakyat jelata dan simbol kedaulatan bumi Sab...

Tun Musa Melafaz Sumpah Jawatan TYT Sabah Ke-11

Image
Wartawan : Zuraidah Ahmad Foto : Johny G. Kimlon / Merusin Minuddin KOTA KINABALU:  Tun Musa Aman melafaz sumpah sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua  Negeri Sabah Ke-11 di Istana Seri Kinabalu, hari ini. Istiadat lafaz sumpah itu bermula sejurus ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin di Dewan Istiadat pada jam 10.10 pagi. Tun Musa ketika melafaz sumpah jawatan TYT Sabah ke-11. Dalam istiadat itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor menyempurnakan lafaz pengisytiharan Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11. Ia diikuti dengan lafaz sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah oleh Tun Musa sebelum beliau menandatangani sumpah jawatan dan pengisytiharan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli kira-kira jam 10.22 pagi. Istiadat kemudian diteruskan dengan  ucapan taat setia oleh Hajiji  dan disusuli bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar. Tun Musa dan Toh Puan ...

Sabah Perkasakan Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris - Arifin

Image
Wartawan : Zuraidah Ahmad Foto : Johny G. Kimlon MEMBAKUT:    Sabah akan memperkasakan lagi tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar mulai tahun depan. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata selain memberi fokus kepada  Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), kerajaan negeri juga serius dalam usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Arifin ketika ditemui media. "A pa yang ingin kita perkasa di Sabah ini, saya sasarkan 2025 ini untuk fokus kepada TVET dan STEM. "Kedua, untuk pemerkasaan Bahasa Inggeris, dalam masa terdekat ini saya akan panggil Pengarah Jabatan Pendidikan daripada UMS, UiTM kemudian IPG, kemudian beberapa pakar untuk mendengar sumbang saran mereka untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Sabah. "Kita akan mendapat pandangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan dan beberapa pakar bagaimana cara untuk meningka...

Rakyat Tunjang Kesejahteraan, Pembangunan Negeri-Tun Juhar

Image
Wartawan : Mohd Haizul Rohani Foto : Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU : Rakyat merupakan asas dalam membentuk kesejahteraan dan pembangunan sesebuah negeri. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkata rakyat menjadi tunjang yang akan membantu dalam mencapai kesejahteraan, pembangunan dan kejayaan sesebuah negeri. Tun Juhar (dua dari kiri) semasa berucap dalam majlis. "Perjalanan yang panjang dan pelbagai pengalaman sepanjang saya memegang jawatan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri ada kalanya penuh ranjau dan sudah lumrah yang lazim ditempuhi dalam pemerintahan. "Namun, apa yang pasti rakyat tidak boleh dipinggirkan dalam setiap keputusan dan tindakan,  semua dasar yang digubal haruslah memberi fokus kepada kesejahteraan serta kebajikan rakyat. "Tanpa sokongan dan kepercayaan rakyat, tiada kejayaan yang dapat diraih dalam pemerintahan," katanya semasa  Majlis Penghargaan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah anjuran kerajaan nege...

Sumbangan Tun Juhar Kepada Sabah Besar-Hajiji

Image
Wartawan : Mohd Haizul Rohani Foto : Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin telah memberikan sumbangan yang besar kepada negeri. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, selepas 14 tahun, Tun Juhar adalah Yang di-Pertua Negeri paling lama berkhidmat dan memberi sumbangan yang begitu besar kepada Sabah. Hajiji (dua dari kiri) semasa berucap dalam majlis. “Tuan Yang Terutama Tun telah mencurah khidmat yang tiada tolok banding, yang menyaksikan pelbagai insiden dan perkembangan yang melibatkan kerencaman dan dinamika dunia politik, ekonomi, keselamatan, kesihatan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya.  “Perkembangan ini berlaku semasa beliau memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri ke-10 dan telah meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman dan berjiwa besar. "Peristiwa yang tercatat dalam sejarah Sabah antaranya termasuklah insiden pencerobohan oleh warga asing di Tanduo...

KUSKOP Salur RM700.93 Juta Bantu Usahawan Sabah - Ewon

Image
Wartawan: Idris Sani Saberun Foto: Johny George Kimlon KOTA BELUD: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan berjumlah RM700.93 juta kepada 50,879 usahawan dan koperasi antara Januari hingga November 2024. Ewon ketika ditemui media. Menteri KUSKOP Datuk Ewon Benedick berkata ,    pembiayaan melalui 10 agensi di bawah KUSKOP tersebut antaranya  termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), TEKUN Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Pernas, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). " Selain itu, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah melaksanakan 41 program latihan dan bimbingan keusahawanan di Sabah sepanjang 2024, yang memberi manfaat kepada 1,585 usahawan, "  katanya. M enurut Ewon,  pelbagai inisiatif dan intervensi telah dilaksanakan bagi memastikan momentum kejayaan usahawan dan koperasi terus meningkat, terutamanya di Sabah. Beliau   turut  menegaskan komitmen  kementeriannya  u...

RM124.7 Juta Majukan Sektor Perindustrian Dan Keushawanan Sabah - Hajiji

Image
 Wartawan :  Idris Sani Saberun  Foto :  Johny George Kimlon KOTA BELUD: Sebanyak RM124.70 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi memajukan pembangunan sektor perindustrian dan keusahawanan pada tahun 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, adalah menjadi komitmen kerajaan untuk melihat usahawan dan koperasi di negeri ini termasuk kawasan Kadamaian mengambil setiap peluang yang disediakan oleh kerajaan agar lebih berdaya saing dan kompetitif. Hajiji ketika menyampaikan ucapan. "Melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dan koperasi yang secara langsung menyumbang kepada peningkatan  sosio-ekonomi   masyarakat. "Dengan pelbagai inisiatif dan bantuan yang disediakan, saya yakin usahawan di negeri ini mampu terus maju, terutama dalam sektor pelancongan dan pertanian, "  katanya semasa Program Santuni Madani KUSKOP di Dewan Kadamaian Square, Tagi...

Kerajaan Negeri Fokus Agenda Pembangunan Negeri Menjelang 2025-Hajiji

Image
Wartawan : Hamidah Len Foto : Mohd Rizal Matasan/Mohd Sazwan Roslan KOTA KINABALU : Kerajaan negeri komited meneruskan agenda pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2025. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata ke arah itu, kerajaan akan memastikan  ekonomi rakyat terus meningkat seterusnya memelihara perpaduan di kalangan rakyat Sabah. Hajiji (tengah) tiba di KKCD25. "Kerajaan  Gabungan Rakyat Sabah ( GRS ) dan Pakatan Harapan ( PH )  komited untuk meneruskan pembangunan dan mewujudkan lebih banyak ruang ekonomi kepada rakyat.  "Kita berusaha untuk memastikan perpaduan rakyat dan kestabilan politik sentiasa kekal supaya pertumbuhan ekonomi kita akan terus membangun," katanya semasa menyampaikan aspirasi dan harapan pada Sambutan Ambang Tahun Baharu 2025 (KKCD25) Kerajaan Negeri Sabah. Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum memeriahkan sambutan tersebut yang diadakan di Jalan Tun Fuad Stephen Selasa lepas....

Jawatankuasa Pemantauan Khas Teliti Projek Pembangunan Lewat-Ewon

Image
 Wartawan : Mohd Haizul Rohani   Foto :  Johny George Kimlon PENAMPANG : Jawatankuasa Pemantauan Khas akan ditubuhkan untuk meneliti projek-projek pembangunan terutamanya yang lewat dilaksanakan di Sabah. Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata b eliau akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut bersama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Shahelmey Yahya bermula Januari tahun depan. Ewon (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kaca mata kepada salah seorang penerima.  "Terdapat  sekitar 400 projek lewat, belum mula atau bermasalah yang memerlukan kerjasama rapi daripada kerajaan negeri terutamanya jabatan-jabatan teknikal dan kontraktor kerana sebahagian daripada projek lewat itu berpunca daripada masalah kontraktor selain faktor cuaca, bencana banjir serta Covid. "Ada yang saya maklum, kekangan kewangan kontraktor itu menjadi penyebab kepada kelewatan dan keterlambatan projek dan itu tidak seharusnya berlaku. Sesi ram...

Kerajaan Sumbang RM10 Ribu Kepada Persatuan Penulis Sabah

Image
 Wartawan :  Bustan Made Aming  Foto :  Marusin Minuddin KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan RM10,000 kepada persatuan penulis Sabah yang aktif dan berdaftar bermula tahun hadapan.  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif berkata peruntukan tersebut diharap dapat merancakkan lagi program-program penulisan kesusasteraan dan penerbitan buku-buku sastera di Sabah. Arifin ketika berucap merasmikan majlis tersebut.  "Melalui kementerian saya yang salah satu menjaga bahasa dan sastera, bermula tahun hadapan akan memberikan peruntukan RM10 ribu kepada semua persatuan penulis yang aktif yang berdaftar di negeri ini.  "Peruntukan berkenaan kita harap dibahagi dua, pertama untuk kegiatan program aktiviti dan kedua untuk penerbitan buku sama ada buku puisi, antologi cerpen atau karya-karya sastera yang lain , " ujarnya semasa Malam Anugerah Karyawan Sastera Utara Sabah (KSUS), pada Jumaat.  Arifin (kiri) menyampai...