2,300 Sertai Jambori Nusantara Antarabangsa Tawau
Wartawan : Bustan Made Aming Foto : Pejabat Penerangan Daerah Tawau TAWAU: Jambori Nusantara Antarabangsa Tawau ke-3 berjaya menghimpunkan lebih 2,300 peserta dari pelbagai negara menjadikannya antara perhimpunan belia terbesar di kawasan Borneo pada tahun ini. Program bertaraf antarabangsa yang berlangsung di di Kem Pengakap Tiku itu bukan sahaja disertai peserta dari seluruh Sabah, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, malah turut membabitkan kehadiran dari Negara Brunei Darussalam dan Gerakan Pramuka Indonesia. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jambori itu menjadi platform penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri generasi muda melalui pelbagai pengisian bersifat fizikal, kerohanian, kepimpinan dan kemahiran insaniah. Nizam (lima kiri, berdiri) merakamkan gambar kenangan bersama para peserta dan AJK VIP Pengakap. “Hakikatnya, jambori ini bukan sekadar perhimpunan pengakap. Ia adalah...