Anwar Tiba di Kota Kinabalu 9.35 Malam Khamis
Wartawan : Suzaima Ibrahim
Foto : Mohd Sazwan Bin Roslan
KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu pada jam 9.25 malam tadi.
![]() |
| Anwar (dua dari kiri) disambut Hajiji (tengah) ketika tiba di Terminal 2 KKIA. |
Pesawat khas yang membawa Anwar tiba di Terminal II, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 9.25 malam dan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.
Esok, Perdana Menteri dijadual merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang dan Peluncuran Projek Esteel Enterprise Sabah Sdn.Bhd. Fasa Satu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC)./Penerangan-



Comments
Post a Comment