Posts

Showing posts from April, 2026

Pengangguran Sabah 5 Peratus, KSTI Perkasa Program Padanan Kemahiran

Image
Wartawan: Nazri Ramshah Abdul Basah Foto: Norazuwan Mohd Yussof KOTA KINABALU :  Sabah mencatatkan kadar pengangguran lima peratus bagi suku keempat 2025, mengatasi kadar nasional sekitar tiga peratus dengan pengangguran dalam kalangan belia melebihi 10 peratus. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata situasi itu menuntut tindakan segera khususnya dalam menangani ketidakpadanan kemahiran antara pencari kerja dan keperluan industri. "Kerajaan akan memperkasakan komitmen dalam menangani isu pengangguran dan ketidakpadanan kemahiran melalui inisiatif pendidikan perburuhan yang bersifat inklusif serta menyeluruh. "Latihan kemahiran perlu bergerak seiring dengan kehendak industri supaya Sabah tidak ketinggalan dalam arus pembangunan global, terutama dalam era ekonomi digital," katanya.  James (dua dari kanan) ketika menyampaikan ucapan perasmian. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelepasan Konvoi Jelajah Pendidikan Perburuhan Sabah 20...

Putatan Lokasi Pertama Jelajah KKTP

Image
Wartawan     : Siscalistorina Janius Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan  KENANGAN...Arifin (tengah, duduk) bergambar kenangan semasa program Jelajah KKTP di Daerah Putatan. PUTATAN :  Daerah Putatan menjadi lokasi pertama Program Jelajah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) bagi meninjau isu semasa dan keperluan rakyat di peringkat pihak berkuasa tempatan. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, a ntara isu yang dbangkitkan ialah keperluan menyediakan Program Perumahan Rakyat (PPR), setinggan dan kebersihan. "Kita akan mencari jalan penyelesaian secara bersama bagi menangani perkara yang menjadi keutamaan. "Saya menerima taklimat yang amat baik daripada Majlis Daerah Putatan dan beberapa isu telah dikemukakan, " ujarnya  kepada media semasa Program Jelajah KKTP di Majlis Daerah Putatan, pada Isnin. Arifin berkata matlamat jelajah tersebut adalah untuk mendapatkan gambaran s...

Penubuhan IJN Sabah Kurangkan Beban Kos, Percepat Akses Rawatan

Image
Wartawan     : Nurfatin Mohammed Yunus Jurufoto          : Merusin Maruddin Hajiji (tengah) menyaksikan MoU ditandatangani oleh pihak IJN dan Kumpulan Yayasan Sabah. KOTA KINABALU : Penubuhan Hospital Institut Jantung Negara (IJN) di Sabah dapat mengurangkan beban kos perjalanan serta mempercepatkan akses rawatan. Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn. Bhd., Datuk Jasnih Daya berkata penubuhan hospital jantung bertaraf tinggi itu turut mengurangkan kebergantungan pesakit Sabah terhadap kemudahan rawatan di luar negeri. "Pada masa ini, sebahagian besar pesakit jantung dari Sabah masih perlu mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur khususnya di IJN. Keadaan ini bukan sahaja melibatkan kos rawatan yang tinggi tetapi juga kos perjalanan, penginapan serta perbelanjaan sara hidup bagi pesakit dan ahli keluarga. "Sehubungan itu, sebuah hospital khusus bagi rawatan penyakit kardiovaskular akan dibina di atas tapak seluas kira-kira 10 ekar di Likas. "Penubuh...

IJN Perluas Perkhidmatan ke Sabah

Image
Wartawan     : Idris Sani Saberun Jurufoto          :  Merusin Maruddin  Hisham ketika menyampaikan ucapan bagi pihak IJN pada Majlis MoU antara Kumpulan Yayasan Sabah dan Institut Jantung Negara.  KOTA KINABALU : Institut Jantung Nagara (IJN) memperluaskan perkhidmatan ke negeri Sabah bagi memperkukuh akses rawatan kardiovaskular di negeri ini. Pengerusi IJN, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pada tahun 2024 Malaysia mencatat lebih 17,000 kematian akibat penyakit jantung. "Situasi ini menuntut sistem penjagaan kesihatan yang lebih responsif, inklusif dan bersepadu bagi menangani peningkatan penyakit tidak berjangkit. "Kerjasama strategik antara IJN dengan Kumpulan Yayasan Sabah menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) merupakan langkah penting dalam memperluaskan akses rawatan berkualiti tinggi ke Sabah. "Pembangunan (hospital) ini bukan sekadar fasiliti rawatan tetapi sebuah ekosistem kesihatan bersepadu merangkumi raw...

Sabah–Kaltara Teroka Ekonomi Karbon, Bantu Komuniti Pesisir

Image
Wartawan     : Nazri Ramshah Jurufoto          :  Merusin Maruddin KOTA KINABALU: Kerjasama antara Sabah dan Kalimantan Utara (Kaltara), Indonesia akan memberi tumpuan kepada penerokaan ekonomi karbon sebagai pemangkin pertumbuhan mampan di kawasan sempadan. Konsul Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu, Noorman Effendi, berkata inisiatif itu merangkumi pemuliharaan hutan paya bakau dan pengurusan kawasan tanah gambut yang berpotensi menjana pendapatan melalui perdagangan karbon . “Lawatan kerja rasmi delegasi kerajaan negeri Sabah ke Kaltara dijadualkan minggu hadapan bagi memperincikan projek strategik yang mampu memberi impak besar kepada ekonomi kedua-dua wilayah. "Kerjasama ini juga dijangka meningkatkan taraf hidup masyarakat pesisir termasuk petani dan nelayan melalui latihan kemahiran serta penyediaan peluang pekerjaan baharu,” katanya kepada media selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Rumah Konsulat Jenderal Indonesia, pada...

Sabah Pantau Kesan Krisis Tenaga Global, Pertimbang Langkah Penjimatan

Image
Wartawan     : Deonalissa Jekee Edin Jurufoto        :Jeffren Malaning  Hajiji ketika ditemui media.  KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah memantau rapi perkembangan krisis tenaga dan ekonomi yang dijangka memberi kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pada Khamis lalu, satu mesyuarat khas diadakan melibatkan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri bagi memberi taklimat mengenai masalah yang dihadapi bukan sahaja Malaysia tetapi kebanyakan negara di dunia susulan perang yang berlaku di Iran.  "Kita menghadapi beberapa krisis tenaga terutama di beberapa negara dan juga krisis ekonomi kenaikan harga minyak dan barang termasuk Malaysia.  "Jadi, kita diminta memantau keadaan ini dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya bagi menghadapi situasi ini. "Di peringkat persekutuan, arahan diberikan agar sebahagian penjawat awam mungkin bekerja dari rumah bermula 15 April sebaga...

KKTP Jelajah 25 Majlis Daerah Dapatkan Maklum Balas PBT

Image
Wartawan     :Hamidah Len Jurufoto          :   Johny George Kimlon Tun Musa (enam dari kanan) dan Toh Puan Faridah (tujuh dari kanan) bergambar kenangan di  Majlis Kesyukuran Aidilfitri di Kampung Pimping. MEMBAKUT : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) akan mengadakan jelajah ke 25 majlis daerah di seluruh Sabah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan keperluan serta cadangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menterinya, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata jelajah itu bermula minggu depan dengan lawatan ke beberapa daerah termasuk Penampang, Putatan, Beaufort, Kuala Penyu dan Papar. "Dalam tempoh dua minggu pertama, lima majlis daerah akan dikunjungi sebelum jelajah diteruskan ke Sandakan seterusnya ke Tawau. "Keseluruhannya, terdapat 25 majlis daerah termasuk majlis perbandaran di Sabah yang akan disantuni bagi mendapatkan taklimat secara langsung daripada pihak majlis,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui me...

JPG Keningau Awasi Harga, Bekalan, Hak Pengguna

Image
Wartawan: Mohd Said Kalihing Foto:  KPDN Keningau   KENINGAU: Jawatankuasa Gerakan Pengguna (JPG) Daerah Keningau sesi 2026-2028 menetapkan tiga fokus utama iaitu pengawasan harga dan bekalan, peningkatan literasi digital kepenggunaan serta advokasi hak pengguna. Taklimat KPDN semasa Mesyuarat Gerakan Pengguna Daerah. Di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), JPG berperanan sebagai penggerak utama dalam memastikan setiap inisiatif kerajaan sampai kepada golongan sasaran khususnya masyarakat di kawasan pedalaman. Pengerusinya yang baharu, Peter Jonu Moinjil berkata JPG yang dianggotai wakil jabatan dan agensi kerajaan, aktivis komuniti, ahli akademik serta usahawan muda akan bekerjasama rapat dengan KPDN bagi mempertingkat pemantauan di peringkat tempatan. "Kami akan mempergiat pemantauan harga barangan keperluan asas untuk memastikan inisiatif seperti 'Harga Madani' dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan terutamanya di kawa...

Segera Naik Taraf Jalan Raya Dari Simpang Ke Pekan Beluran - Samad

Image
Wartawan: Zuraidah Ahmad Foto:  Pegawai Media ADUN Labuk BELURAN: Kementerian Kerja Raya negeri dan persekutuan  digesa agar segera menaik taraf  jalan raya dari simpang Beluran ke Pekan Beluran demi keselesaan pengguna. GIMIK...Samad (tiga dari kanan) menyempurnakan gimik perasmian penutupan Kejohanan Merentas Desa MSSS Peringkat Negeri Sabah 2026. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri berkata beliau menerima banyak rungutan daripada masyarakat berkaitan keadaan jalan tersebut yang kini sangat tidak selesa dan berisiko kepada pengguna. "Jalan ke Pekan Beluran merupakan antara laluan utama ketika ini, namun kita lihat keadaanya sangat tidak selesa untuk dilalui dan sering menjadi keluhan pengguna. "Sudah sampai masanya sama ada Kementerian Kerja Raya ataupun melalui Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah serta Jabatan Kerja Raya Persekutuan khususnya mengambil maklum tentang keperluan ini," katanya. Samad ketika ditemui media. Beliau berkata demik...

Tun Musa Terima Kunjungan Panglima 5 Briged Baharu

Image
Wartawan: Abdu Azmie Mohd Ibrahim Foto: Shahvian Mohd Razali/Rednny Rasang KOTA KINABALU : Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat Panglima Kelima (5 Briged)  Infantri Malaysia ke-37, Brigedier Jeneral Abdul Razak Haron di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis. Tun Musa (kanan) bergambar semasa kunjungan hormat bersama Abdul Razak (kiri) dan Mohd Zamri (tengah).  Tun Musa (tengah) bergambar kenangan bersama Abdul Razak (kanan) dan Mohd Zamri (kiri). Abdul Razak menjelaskan kunjungan itu bertujuan memperkenalkan diri sebagai Panglima Briged kelima Infantri Malaysia ke-37 berkuatkuasa pada 3 April 2026, di Kem Paradise Kota Belud. "Saya dan seluruh kepimpinan Tentera Darat di 5 Briged akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada kerajaan negeri dan memastikan kerjasama serta hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama terus diperkukuh pada masa akan datang. Abdul Razak (kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Tun Musa (tengah) diiringi Mohd Zamri (k...