SPR Terima Lima Laporan Kesalahan Sepanjang PRK Kinabatangan
Wartawan : Deonalissa Jekee Edin Foto : Norazuan bin Mohd Yussof KINABATANGAN : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima lima laporan kesalahan sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kinabatangan dan Lamag. Ramlan (tengah) ketika ditemui media. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata daripada jumlah berkenaan, empat merupakan kesalahan bahan kempen dan satu melibatkan provokasi. Ramlan (kanan) berbual dengan petugas pilihan raya. "Laporan-laporan tersebut kini dalam tindakan pihak badan pemantau yang dilantik tanpa melibatkan sebarang laporan polis. "Setakat tinjauan ke beberapa pusat mengundi, keadaan didapati tenang dan teratur, semua pengundi keluar dengan tertib," katanya ketika ditemui media selepas meninjau pusat mengundi di SK Bukit Garam, pada Sabtu. TINJAU...Ramlan (empat dari kiri) meninjau proses pembuangan undi. Menurut Ramlan, 36 pusat mengundi dibuka bermula jam 8 pagi melibatkan 117 sa...