Maritim Semporna Edar 4,000 Bubur Lambuk
Wartawan : Mohd Haizul Rohani Jurufoto : Mohamma Syah Kisun Semporna: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna mengagihkan 4,000 pek bubur lambuk. Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli berkata bubur lambuk diagihkan kepada para petugas barisan hadapan, pengerusi-pengerusi masjid serta tahfiz. Pengarah Zon Maritim Semporna Komander (M) Amir Shubli (tiga dari kanan) turut sama menyediakan bubur lambuk. Selain itu, bubur lambuk juga diagihkan kepada orang ramai di sekitar kuarters Maritim berkenaan. Menurut beliau, program tersebut bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga Zon Maritim dengan komuniti setempat, di samping memupuk amalan bersedekah di bulan Ramadan. Amir (tiga dari kiri) menyerahkan bubur lambuk kepada wakil PDRM Semporna Tambah beliau, program bubur lambuk tersebut merupakan kerjasama pihaknya bersama Askar Wataniah, Adabi Sabah Distribution Sdn B...