KSTI Peruntuk RM360 Ribu Laksana STEM Fiesta
Wartawan : Hamidah Len
Jurufoto : Johny Kimlon
Kota Kinabalu : Sebanyak RM360 ribu diperuntukkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) untuk pelaksanaan STEM Fiesta 2024 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah.
Kota Kinabalu : Sebanyak RM360 ribu diperuntukkan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (KSTI) untuk pelaksanaan STEM Fiesta 2024 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Sabah.
Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Raisin Saidin berkata setiap PPD akan menerima RM15 ribu berbanding RM10 ribu yang diterima tahun lepas untuk mengadakan program-program pembudayaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di sekolah.
Harun (tengah) dan Raisin (empat kanan) bergambar kenangan bersama empat PPD penerima dana STEM Fiesta. |
"Pada hari ini PPD Kota Kinabalu, Penampang, Papar dan Tuaran masing-masing menerima dana berjumlah RM15 ribu dan ada 20 PPD lagi akan menerima peruntukan yang sama.
"Saya yakin pertambahan jumlah peruntukan yang telah disediakan oleh KSTI untuk PPD melaksanakan karnival ataupun tahun ini dikenali Festival STEM Fiesta akan dapat menyemarakkan lagi dan membudayakan amalan STEM dalam kalangan anak-anak.
"Dengan ini, kita berharap supaya matlamat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di bawah aspirasi Sabah Maju Jaya untuk menarik lebih ramai murid-murid mengambil mata pelajaran STEM akan bertambah.
"Pada tahun lalu, JPNS telah berjaya mencapai 28.78 peratus dan tahun ini kita berharap angka tersebut akan meningkat kepada 35 peratus," katanya ketika ditemui di Majlis Semarak Kasih Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa anjuran KSTI.
Turut berlangsung pada majlis tersebut pemberian sumbangan kepada 30 pelajar Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Karim Kampung Benoni yang disampaikan oleh Pembantu Menteri KSTI Datuk Harun Durabi./Penerangan-
Comments
Post a Comment