Sekolah Dinasihat Rujuk Garis Panduan KKM, Laporan MetMalaysia

Wartawan : Hamidah Len

Jurufoto : Johny Kimlon

Kota Kinabalu :  Pihak sekolah dinasihatkan sentiasa merujuk laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan aktiviti di sekolah.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, aktiviti-aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan buat sementara waktu berikutan cuaca panas yang melanda negara selain keadaan berjerebu di beberapa buah kawasan di negeri ini.

Raisin ketika ditemui media  pada Majlis Semarak Kasih Ramadan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah.



“Kita mempunyai garis panduan untuk menangani atau berdepan dengan isu seperti cuaca panas dan jerebu,  diharap pengurusan sekolah dapat merujuk serta menggunakan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh KPM.

“Saya juga mahu mengingatkan supaya semua aktiviti yang diadakan di luar bilik darjah dielakkan sama sekali pada ketika ini,” katanya semasa ditemui pada Majlis Semarak Kasih Ramadan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, pada Jumaat.

Raisin turut memaklumkan pada masa ini terdapat beberapa sekolah yang telah ditutup di Tuaran berikutan tahap bacaan IPU yang berbahaya susulan insiden kebakaran tapak pelupusan sampah  Kayu Madang. 

Raisin (kanan) dan Harun (dua kanan) ketika bacaan doa.


"Sekolah yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) khususnya ketika jerebu pada tahap tidak sihat atau bahaya boleh menutup pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

"Berdasarkan kepada status semasa, sekiranya bacaan IPU mencapai tahap yang menyebabkan keadaan tidak memberikan respon kesihatan yang tidak baik kepada anak murid, maka sekolah akan ditutup,” ujarnya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Harun Durabi serta Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri