JPJ Tubuh Unit Cawangan Latihan Sabah, Sarawak
Wartawan : Nazri Ramshah Abdul Basah
Jurufoto : Mohd Sazwan Roslan
Penampang : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menubuhkan Unit Cawangan Latihan khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan kesedaran integriti.
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Ibrahim Mohd Yusof berkata aspek integriti merupakan perkara yang sentiasa dititikberatkan dan tujuan utama penubuhan unit tersebut adalah memberikan latihan-latihan berkaitan integriti.
Ibrahim (dua dari kiri) ketika ditemui media. |
“JPJ sentiasa berusaha memastikan para pegawai mematuhi prosedur kerja dan peraturan yang telah ditetapkan ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Iftar Ramadan 2024 JPJ Negeri Sabah di Masjid Baiturrahman.
Dalam majlis tersebut, Ibrahim juga menyampaikan sumbangan kepada 41 orang penerima serta sebuah van kepada Maahad Tahfiz Darul Furqon.
Ibrahim (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Darul Furqon. |
Di samping itu, beliau turut memaklumkan JPJ sedang merancang untuk membina sebuah lagi akademi bagi memudahkan pegawai yang bertugas di Sabah dan Sarawak mengikuti latihan agar mempunyai peluang meningkatkan kemahiran serta kecekapan.
"JPJ melihat ada keperluan untuk membina sebuah akademi di wilayah Borneo memandangkan kos penghantaran pegawai menjalani latihan di Semenanjung agak tinggi," ujarnya.
Tazkirah ramadan disampaikan oleh ustaz jemputan. |
Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor turut menghadiri Majlis Iftar Ramadan 2024 JPJ Negeri Sabah. |
Pada masa kini, Akademi JPJ hanya ada di Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Johor, Langkawi dan Kelantan./Penerangan-
Comments
Post a Comment