Go For Gold - Sabah Diharap Capai Sasaran 40 Emas SUKMA XXI Sarawak 2024

 Wartawan    : Zuraidah Ahmad
Jurufoto        :  Johny George Kimlon



KOTA KINABALU:  Dengan tagline "Go For Gold", kesemua 713 atlet Sabah yang beraksi di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi Ke-21 Sarawak diharap berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas.


Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata beliau yakin dengan kemampuan semua atlet untuk mencatat rekod terbaik seterusnya layak mewakili negara ke kejohanan dunia.

 SERAH...Hajiji menyerahkan Bendera Sabah kepada Ellron (tiga dari kanan).


GO FOR GOLD...Hajiji memberi kata semangat kepada Kontinjen Sabah. 

 Hajiji (tengah) bergambar kenangan bersama Kontinjen Sabah ke Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024 bersama maskot Bayau.


BENDERA...Hajiji (tengah) mengibarkan Bendera Negeri Sabah.


“Kepada semua 713 atlet yang mewakili Sabah dalam sukan dwitahunan ini, berjuanglah sepenuh tenaga dengan semangat kesukanan yang tinggi untuk mengharumkan nama Sabah.

“Saya menaruh sepenuh kepercayaan dengan kemampuan atlet-atlet kita dan atlet semua akan membawa kejayaan yang pastinya akan menjadi penanda aras bagi semua acara sukan di negeri ini.

“Dapatkan catatan rekod terbaik supaya anda semua atlet boleh mewakili Malaysia ke peringkat lebih tinggi termasuk dalam kejohanan dunia atau olimpik,” ujar beliau.

Beliau turut menasihati semua atlet supaya mengekalkan tahap disiplin yang tinggi, yang merupakan elemen paling penting apabila bertanding dalam mana-mana pertandingan.

"Sehebat mana pun atlet itu, jika tidak berdisiplin, keupayaannya itu tidak akan sampai ke mana. 

"Saya yakin persatuan sukan dan jurulatih telah menyampaikan perkara ini kepada semua atlet. Kita tidak mahu nama baik negeri buruk hanya kerana tidak berdisiplin.

"Saya yakin, kontinjen SUKMA Sabah telah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal. 

"Oleh itu, saya berharap semua atlet dapat menjaga pemakanan seharian terutama dalam pengambilan makanan tambahan atau suplemen yang dibenarkan," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada Kontinjen Sabah ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak 2024 di sini, hari ini.


Hajiji (tengah) disambut dengan persembahan seni mempertahankan diri, Silambam.


CENDERAHATI...Ellron menyampaikan jersi Kontinjen Sabah ke Temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.


SUASANA semasa Majlis Penyerahan Bendera Sabah kepada Kontinjen Sabah ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI, Sarawak 2024.


Hajiji bersalaman dengan para atlet Sabah.

Hajiji bersalaman dengan para atlet Sabah.




Tambah Hajiji,  insentif terbaik menanti pemenang pingat emas dalam SUKMA 2024 akan berlangsung mulai 17 hingga 24 Ogos ini.

Berdasarkan prestasi Sabah dalam SUKMA Ke-20 di Kuala Lumpur dua tahun lalu, pasukan Sabah berjaya membawa pulang 30 emas, 30 perak, dan 38 gangsa. 

Malah, pada tahun 2022, Sabah menduduki tempat keenam daripada 15 kontinjen yang bertanding dalam sukan paling berprestij negara itu yang turut menyaksikan penyertaan kontinjen dari Negara Brunei Darussalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir. Shahelmey Yahya yang juga Menteri Kerja Raya Sabah; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin merangkap Ketua Delegasi Kontinjen SUKMA Negeri Sabah; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Fairuz Renddan Timbalan Ketua Delegasi Kontinjen SUKMA Negeri Sabah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Asnih Mohd Noor./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri