Sambutan Hari Sabah Mula 24 Ogos Ini - Leonard

 Wartawan    :  Idris Sani Saberun
Jurufoto        : Shahvian Mohd Razali



KOTA KINABALU: Pengisian sambutan Hari Sabah bermula 24 Ogos ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) Sabah Leonard Stephen Poyong berkata pelbagai acara akan diadakan di Padang Merdeka sebagai pengisian bagi menghargai dan memperingati Hari Sabah sehingga malam 31 Ogos.



PENGISIAN... Leonard (kanan) ketika menjelaskan antara pengisian Sambutan Hari Sabah 2024. 




 Leonard ketika sidang media.



Hajiji meletakkan tangan pada pad pelancar simbolik Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Peringkat Negeri 2024 di perkarangan bangunan DBKK.



"Pada 24 Ogos nanti kita akan adakan satu program hiburan kendalian RTM iaitu Konsert Gegar Merdeka Keehoi (GMK) bermula dari 8.00 malam hingga 10.00 malam yang akan menampilkan pelbagai artis tempatan dan tanah air.

"Selain daripada itu, pada 24 hingga 31 Ogos  turut diadakan adalah Larian Sabah Day bermula dari daerah Kalabakan yang mana para peserta akan merentasi  daerah-daerah sepanjang laluan hingga ke bandaraya Kota Kinabalu.

"Turut diadakan di Padang Merdeka adalah pameran informatif berkenaan dengan liku-liku sejarah kemerdekaan Sabah daripada Jabatan Arkib Negeri Sabah, tamu jualan Rahmah MADANI, reruai Jualan Makanan Rakyat serta Ceramah Perdana Sabah Day daripada para akademik dan pengkaji sejarah.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan, Hari Sabah dan Kempen Kibar Bendera Peringkat Negeri 2024 di bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pada Khamis.

Katanya, pada malam 31 Ogos orang ramai akan disajikan dengan perarakan kereta berhias selain persembahan deklamasi sajak kemerdekaan dan upacara menaikkan bendera yang turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

"Namun ada beberapa acara lagi yang masih dalam proses perincian dan kita berharap agar semua masyarakat dapat hadir serta mengambil bahagian pada sambutan ini yang julung kalinya diadakan," ujarnya lagi. 

Hadir sama pada sidang media tersebut Mayor DBKK Datuk Seri Sabin Samitah serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair./Penerangan-

Comments

Popular posts from this blog

Pekan Kecil Mengkabong Dibina Tahun Ini

SK Mutiara Wakili Malaysia Ke Dance World Cup 2024

Hasil BIGC 2024 Diteliti, Dibawa Ke Kabinet Negeri