Masalah Infestasi Tikus Berpotensi Cetus Krisis Kesihatan Awam
Wartawan : Noorsiah Mahmud Jurufoto : Jeffren Malaning KENANGAN...Mary (tengah) bergambar bersama warga Putatan yang hadir. PUTATAN : Masalah infestasi tikus di daerah ini tidak lagi boleh dianggap sebagai isu remeh kerana ia berpotensi mencetuskan krisis kesihatan awam termasuk penularan penyakit maut seperti Leptospirosis atau kencing tikus. Menurut Pegawai Daerah Putatan, Masawi Salleh usaha pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membasmi infestasi tikus tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. "Tahap kebersihan persekitaran, terutamanya di kawasan tumpuan awam seperti pasar dan premis makanan, perlu diperketatkan bagi memastikan rantaian penyakit bawaan tikus dan Salmonella dapat diputuskan sepenuhnya. “Kehadiran tikus bukan sahaja menjejaskan imej kebersihan daerah, malah mengundang risiko kesihatan yang mampu membawa maut jika langkah pencegahan menyeluruh tidak diambil. “Program hari ini adalah langkah proak...