Deklamasi Puisi Dalam Majlis Makan Malam Hari Jadi Rasmi TYT
Wartawan : Suzaima Ibrahim
Foto : Johny Joklis
KOTA KINABALU: Deklamasi puisi akan diselitkan sebagai salah satu pengisian dalam majlis makan malam sempena sambutan Hari Jadi Rasmi TYT pada Oktober depan.
Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah (IPS), Awang Abdul Muizz Awang Marusin memaklumkan demikian ketika ditemui media kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.
Dalam kunjungan tersebut, beliau turut memaklumkan perkembangan terkini mengenai persatuan tersebut serta menyatakan hasrat untuk membukukan puisi yang ditulis oleh golongan penulis Sabah sebagai penghargaan kepada Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.
"Kami menjunjung kasih kepada Juhar Tun kerana beliau telah berkenan kepada cadangan yang kedua iaitu slot deklamasi puisi yang akan diadakan pada Oktober sempena makan malam memuliakan hari jadi rasmi Tuan Yang Terutama Tun, salah seorang daripada kami akan mendeklamasikan puisi itu.
"Setakat ini, IPS mempunyai keahlian seramai 125 orang dan telah menerbitkan 15 buah buku sepanjang penubuhan.
"Persatuan ini sangat komited membangunkan Negeri Sabah dari segi mengembangkan pendidikan kreatif dalam segmen masyarakat, terutamanya golongan belia, remaja dan kanak-kanak," katanya./Penerangan-
Comments
Post a Comment