Posts

Showing posts from November, 2026

Masyarakat Digesa Ubah Stigma Terhadap OKU

Image
Wartawan     : Noorsiah Mahmud Jurufoto          :  Mohd Sazwan Roslan Abdul Kassim (berdiri, tengah) bergambar kenangan bersama pelatih dan hadirin. TUARAN: Masyarakat digesa mengubah stigma terhadap golongan Orang Kurang Upaya (OKU), sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk berjaya dalam pelbagai bidang dan kemahiran. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, golongan itu mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu diberikan perhatian dan sokongan bagi mereka mengembangkan potensi diri. "Kita harapkan masyarakat di luar sana supaya menghargai anak-anak istimewa ini. "Kita juga harapkan ibu bapa agar memberi pendedahan seluas-luasnya kepada anak-anak istimewa ini. "Mereka tidak harus malu atau pun segan dengan anak-anak istimewa kerana mereka sebenarnya mempunyai kelebihan masing-masing. "Jikalau diberikan kemahiran dan pendidikan, kita dapat melihat ada contoh insan-insan istimewa begini yang mencapai kej...

Inisiatif Pembangunan Infrastruktur Komuniti Kampung Malangang Baru Model Contoh

Image
Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah Jurufoto    :  Merusin Maruddin TUARAN: Inisiatif pembangunan infrastruktur komuniti di Kampung Malangang Baru, Kiulu merupakan model contoh terbaik kepada kawasan kampung-kampung di negeri Sabah. Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Datuk Rubin Balang berkata, pembinaan Pusat Pentadbiran Pembangunan Kampung Malangang Baru, Kiulu merupakan bukti kerjasama erat antara pemimpin setempat dalam menyediakan kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat sepenuhnya. Rubin menyerahkan replika kunci bangunan kepada Ketua Kampung Malangang Baru. "Tahniah kepada Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan ADUN N.15 Kiulu atas usaha yang baik dalam merealisasikan projek ini di Kiulu yang akan menjadi penanda aras bagi kampung-kampung di bawah seliaan KPLB. "Kemudahan ini bukan sahaja memastikan pentadbiran kampung diuruskan dengan lebih teratur, bahkan ia akan turut berfungsi sebagai pusat pemuliharaan adat re...

KPLB Fokus Bekalan Air Alternatif Dalam Belanjawan Sabah 2027

Image
Wartawan :  Nazri Ramshah Abdul Basah Jurufoto    :  Merusin Maruddin TUARAN: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek bekalan air alternatif dalam Belanjawan Sabah 2027. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Rubin Balang berkata, pihaknya telah merangka pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kemudahan prasarana utiliti di kawasan luar bandar yang masih belum mempunyai sumber air bersih. Rubin ketika ditemui media. "Bagi tahun 2027, KPLB menggariskan beberapa perancangan projek pembangunan, khususnya dalam menyediakan kemudahan prasarana utiliti kecil serta projek bekalan air alternatif di kawasan-kawasan terjejas di seluruh negeri. "Terdapat dua sumber utama bekalan air di negeri ini bagi menampung keperluan rakyat, iaitu sistem konvensional yang diselaraskan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan pendekatan bekalan air alternatif. "Inisiatif bekalan air alternatif akan menggunakan sistem graviti, telaga gerudi bawa...

Bajet Sabah 2027 Beri Tumpuan kepada Infrastruktur Asas

Image
Wartawan : Idris Sani Saberun Jurufoto    :  Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU: Bajet Sabah 2027 akan memberi tumpuan kepada kemudahan infrastruktur asas, khususnya usaha menaik taraf bekalan air dan jalan raya. Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri sedang mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam menyediakan bajet berkenaan. "Pihak Kementerian Kewangan masih dalam proses untuk kerajaan negeri menyediakan Bajet 2027. "Pada akhirnya, seperti biasa, bajet ini harus disesuaikan dengan hasil negeri kita. "Penting kita kekalkan pengurusan kewangan dan tadbir urus yang baik dalam menyediakan bajet. "Dan seperti biasa, peruntukan terbesar antaranya untuk bekalan air dan jalan raya," katanya. Masidi ketika ditemui media Beliau berkata demikian ketika ditemui media sejurus menghadiri Majlis Sambutan Perayaan Deepavali anjuran bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Dewan Perniagaan India Sabah (SICC), di sini pada Ahad. M...

Belanjawan Sabah 2027 Dibentang 4 Disember

Image
Wartawan : Norsiah Mahmud Jurufoto    :  Vicky Sylvester Matanjang KOTA KINABALU: Belanjawan Sabah 2027 akan dibentangkan pada 4 Disember ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, Belanjawan itu bakal membawa manfaat kepada rakyat dan pembangunan negeri. "Saya tidak mahu mendedahkan terlalu banyak perkara sebelum belanjawan itu dibentangkan. "Tetapi saya ingin menegaskan bahawa ia merupakan belanjawan yang baik untuk rakyat dan pembangunan negeri. "Belanjawan ini akan menyediakan penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi di Sabah, termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya," katanya ketika ditemui pada sambutan Deepavali di sini, pada Ahad. Hajiji (dua dari kanan) menyampaikan cek cura kepada wakil Persatuan Orang Buta Sabah. Mengulas sambutan Deepavali, Hajiji berharap perayaan itu dapat membawa cahaya baik dan keberkatan bukan sahaja kepada masyarakat India, tetapi juga kepada semua kaum di Sabah. "Inilah semangat Malaysia sebenar yan...

Wanita Tunjang Kekuatan, Kejayaan Organisasi

Image
Wartawan :  Nurfatin Mohammed Yunus Jurufoto    :  Johnny Joklis KOTA KINABALU: Wanita merupakan tunjang kekuatan sesebuah persatuan menerusi peranan mereka sebagai penggerak utama, penyatu hati dan pencetus idea dalam memastikan kelangsungan serta kejayaan organisasi. Pengerusi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Sabah, Datin Siti Yuslaini Mohd Samsuri berkata, sumbangan wanita dalam persatuan bukan sekadar melaksanakan tugas sebagai ahli, malah merangkumi aspek kepimpinan, kebajikan, pengurusan dan usaha memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan ahli.  Siti Yuslaini (dua dari kiri) menyampaikan cek cura kepada Khadizah (dua dari kanan). "Wanita bukan sekadar ahli pelengkap, tetapi nadi dan tulang belakang kepada kelangsungan sesebuah persatuan. "Justeru, wanita merupakan penggerak utama, penyatu hati, pencetus idea, pembina jaringan dan sumber inspirasi kepada persatuan. "Kekuatan wanita dalam persatuan terse...

Kerajaan Salur RM500 Ribu, Empat Projek KAM Kg. Korongkom Siap Dinaik Taraf

Image
Wartawan :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto    :  Mohd Sazwan Roslan KOTA MARUDU: Kerajaan telah menyalurkan RM500 ribu membolehkan empat projek Kampung Angkat MADANI (KAM) di Kampung Korongkom siap dinaik taraf. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ir. Ts. Mustapha Sakmud berkata, Kampung Korongkom merupakan antara 18 KAM seluruh Sabah yang telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dengan nilai peruntukan RM9 juta pada tahun 2026. GIMIK... Mustapha (empat dari kiri) menyempurnakan gimik perasmian program. "Pada tahun 2025, sebanyak 11 KAM telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan melibatkan nilai peruntukan sebanyak RM10.15 juta. "Manakala sebanyak 18 KAM diperuntukkan sebanyak RM9 juta pada tahun 2026 termasuklah KAM Kampung Korongkom. "Alhamdulillah, program hari ini kita diperlihatkan sebuah dewan baharu, sebuah padang bola sepak untuk belia-belia, lampu-lampu jalan yang terang dan jalan batu kerikil ditambah baik ke jalan konkrit. "W...

Jelajah Aku Kasih Malaysia Platform Dengar Suara Akar Umbi

Image
Wartawan :  Abdu Azmie Mohd Ibrahim Jurufoto    :  Mohd Sazwan Roslan KOTA MARUDU: Program Jelajah Aku Kasih Malaysia @ Sabah menjadi platform kerajaan mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ir. Ts. Mustapha Sakmud berkata, pengisian program antaranya sesi dialog bersama pimpinan akar umbi dan masyarakat setempat bagi membincangkan isu-isu yang berlaku khususnya di daerah Kota Marudu. SUASANA... Suasana semasa Sesi Town Hall berlangsung bagi membincangkan isu-isu yang berlaku khususnya di daerah Kota Marudu. "Antara isu yang masyarakat suarakan adalah masalah banjir yang kritikal. Memang ada cadangan untuk membuat projek tebatan banjir dan projek ini telah pun dihantar kepada Kementerian Ekonomi dan kementerian yang berkaitan. "Jadi, saya fikir dengan adanya program seumpama ini, kita dapat mendengar sendiri luahan mangsa banjir dan kita akan cuba usahakan supaya permasalahan ini dapat diatasi deng...

MBOR Bukti Potensi Kopi Tanah Tinggi Sabah

Image
Wartawan : Munica kiat/ Mohd Asraf Aslan Jurufoto    :  Robitikson Majingka RANAU: Pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) membuktikan industri kopi tanah tinggi Sabah berpotensi besar untuk berkembang di peringkat nasional dan antarabangsa. Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kejayaan menerusi pengiktirafan Highest Altitude Coffee Plantation 2026 itu membuka peluang kepada komuniti setempat untuk mengembangkan industri kopi sebagai komoditi bernilai tinggi. Masidi (tiga dari kiri) menyerahkan Insentif Agro Pelancongan kepada wakil Koperasi Agro Kopi Ranau Berhad. "Kita mahu mengubah persepsi lama daripada 'saya hanya petani kampung' kepada satu keyakinan baharu iaitu 'saya adalah pemilik rantaian bekalan untuk jenama kopi specialty masa hadapan'. "Anda semua bukan lagi sekadar mengusahakan tanah, tetapi anda sedang membina sebuah empayar komoditi bernilai tinggi. "Seperti yang dinyatakan oleh Pengarah Jabatan Pert...

Tunas Kencana Serlah Bakat Inovasi MBPK

Image
Wartawan: Idris Sani Saberun Jurufoto: Shahvian Mohd Razali KOTA KINABALU: Anugerah Tunas Kencana menjadi wadah menyerlahkan bakat inovasi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK). Pengarah Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi, Kementerian Ekonomi, Zaiton Yahya berkata, anugerah menerusi Program Junior Innovathon 2026 itu menyediakan pentas setara kepada MBPK untuk mengetengahkan daya cipta serta menyumbang kepada kemajuan negara. "Pembangunan ekonomi negara tidak boleh diukur semata-mata melalui angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atau pelaburan mega, sebaliknya ia dinilai daripada sejauh mana setiap lapisan rakyat turut menikmati peluang dan ruang untuk menyumbang kepada kemajuan negara.   Zaiton ketika menyampaikan ucapan. "Program ini dirangka bukan sekadar sebagai sebuah pertandingan realiti televisyen, tetapi sebagai gerakan membudayakan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, sains dan teknologi bermula dari bangku sekolah. "Kita mah...

11 Sekolah Terima Anugerah SLAAS Sempena HASN 2026

Image
 Wartawan: Abdu Azmi Mohd Ibrahim Jurufoto: Johnny Joklis KOTA KINABALU: Sebanyak 11 sekolah menerima anugerah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Negeri Sabah 2026 pada Khamis. Bagi kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Holy Trinity, Tawau muncul johan manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tai Tong, Sandakan. Kedua-dua sekolah berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta sijil pencapaian. SMK Holy Trinity, Tawau turut meraih Anugerah SLAAS 2025/2026 Peringkat Kebangsaan bagi kategori sekolah menengah yang berlangsung di Melaka pada 21 September 2026. Sementara itu, Naib Johan kategori sekolah menengah dimenangi oleh SMK Taman Tun Fuad, Kota Kinabalu manakala bagi kategori sekolah rendah dimenangi oleh SJKC Cheng Ming, Keningau dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 berserta sijil pencapaian. Jafry (tiga dari kiri) men...